Telefilem Jihad Di TV2

Telefilem Jihad Di TV2

Saksikan telefilem Jihad yang akan menemui penonton pada 30 Oktober 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang mengisahkan tentang watak yang mengidap kanser otak ini merupakan terbitan syarikat produksi Real Desire Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emdy Idris dengan nukilan skrip daripada Fida Rohani.

Sinopsis Telefilem Jihad

Telefilem Jihad menampilkan barisan pelakon seperti Shaffiq Sahli, Dato' Amin Khan, Kamal Redzuan ramai lagi.

  • Shaffiq Sahli sebagai Jihad
  • Dato' Amin Khan sebagai Pak Nawi
  • Kamal Redzuan sebagai Tapa

Ianya mengisahkan tentang harapan seorang anak angkat bernama Jihad yang rindukan belaian seorang ayah.

Demi meraih kasih sayang seorang ayah dia telah melalui berbagai dugaan, menghadapi kebencian dan penghinaan.

Namun dia tetap tidak mahu berputus asa dan terus berjuang untuk merasai nikmat kasih seorang 'ayah' sehingga akhir hayat.

Telefilem Jihad Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Jihad Di TV2"