Telefilem Karya Yang Hilang Di TV1

Telefilem Karya Yang Hilang Di TV1

Saksikan telefilem Karya Yang Hilang yang akan menemui penonton pada 28 Oktober 2023, bersiaran semula pada hari Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2020 ini merupakan terbitan syarikat produksi Danau Sempurna Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amzari Amir dengan nukilan skrip daripada Adza Emie.

Sinopsis Telefilem Karya Yang Hilang

Telefilem Karya Yang Hilang menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Sasqia Dahuri, Qazem Nor, Afique Hussain, Nik Ramli, Damia Qaisarah, Mohd Rezal Abd Rahman dan ramai lagi.

  • Beto Kusyairy sebagai Ziyad
  • Amerul Affendi sebagai Ahmad
  • Sasqia Dahuri sebagai Mariah
  • Afique Hussain sebagai Fendi
  • Qazem Nor sebagai Encik Elyas
  • Nik Ramli sebagai Pakcik Am

Ianya mengisahkan tentang Ziyad Ibrahim yang merupakan seorang penulis novel terkenal. Meskipun novel-novelnya mendapat rekod bestseller tapi semuanya adalah karya lama yang diulang cetak.

Disebabkan itu, dia mula tertekan bagi menghasilkan novel baru sehingga terpaksa bergantung kepada pil penenang dan juga menyebabkan rumah tangganya mula dilanda masalah bersama isterinya iaitu Mariam.

Pada awalnya dia bercadang untuk berpindah ke Bali untuk mendapatkan inspirasi, tetapi atas cadangan rakannya, dia mendapatkan ilham di rumah peninggalam milik keluarga kawasanya tersebut tanpa perlu ke luar negara.

Disinilah, Ziyad mula mendapat banyak idea untuk menulisan dan menghasilkan novel yang baru. Dengan itu juga, dia terjumpa Ahmad iaitu peminatnya yang obses dan cuba mendekatinya selama berada di kampung.

Namun masalah mula timbul apabila yang dikarangnya menjadi realiti. Ziyad dikejutkan dengan satu kes pembunuhan di kampung tersebut. Apakah yang terjadi sebenarnya? Bagaimana Ziyad mampu untuk mengurai misteri ini?

Telefilem Karya Yang Hilang Di TV1

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Karya Yang Hilang Di TV1"