Telefilem Pulang Yang Dirindui Di TV2

Telefilem Pulang Yang Dirindui Di TV2

Saksikan telefilem Pulang Yang Dirindui yang akan menemui penonton pada 31 Oktober 2023, bersiaran semula pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat produksi Juanridz Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Wan Cromox dengan nukilan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan.

Sinopsis Telefilem Pulang Yang Dirindui

Telefilem Pulang Yang Dirindui menampilkan barisan pelakon seperti Ku Fridah, Shaharuddin Thamby, Nur Albaniah, Zoey Rahman, Elisha Sandha, Zaki Azeman, Amanda Misbun dan ramai lagi.

  • Ku Faridah sebagai Mak Ton
  • Shaharuddin Thamby sebagai DS Mansur
  • Zoey Rahman sebagai Iqbal
  • Elisya Sandha sebagai Sarah
  • Amanda Misbun sebagia Zahra
  • Zaki Azeman sebagai Zahim
  • Kuna Muzani sebagai Puan Mariam

Ianya mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Zahim yang terpaksa menyamar sebagai anak kepada Zaiton atau Mak Ton yang diambil dari rumah orang-orang tua demi untuk membahagiakan seorang ibu yang terlalu merindui anak-anaknya.

Mak Ton pernah koma semasa berada di rumah kebajikan. Akibatnya, dia hilang ingatan sehingga tidak dapat mengingati wajah tiga orang anaknya.

Telefilem Pulang Yang Dirindui Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Pulang Yang Dirindui Di TV2"