Telefilem Restu Ayah Di TV9

Telefilem Restu Ayah Di TV3

Saksikan telefilem Restu Ayah yang akan menemui penonton pada 20 Oktober 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Hujan Lebat Sdn. Bhd., diarahkan oleh Isqandar Jebat dan nukilan skrip oleh tuan pengarah sendiri.

Sinopsis Telefilem Restu Ayah

Telefilem Restu Ayah menampilkan barisan pelakon seperti Azhan Rani, Atiq Azman, Badrul Muhayar, Sharifah Shahora, Watie Sadali, Mas Renny, Syed Ali dan ramai lagi.

  • Azhan Rani sebagai Wahid
  • Atiq Azman sebagai Azlan
  • Sharifah Shahora sebagai Ibu Ila
  • Watie Sadali sebagai Azura
  • Badrul Muhayat sebagai Roslan
  • Syed Ali sebagai Amar

Ianya mengisahkan tentang Azlan yang terlalu dimanjakan ibu bapanya, sehinggakan sifatnya yang suka dipuji terbawa di dalam kehidupan sehariannya bersama jiran-jiran dan juga di sekolah.

Kebahagiaan ini dapat dilihat di rumah dan disekolah apabila segala aktiviti serta kelakuan Azlan yang suka menuntut pujian itu disenangi oleh kawan-kawan serta guru dan ibu bapanya.

Situasi ini menjadikan Azlan seorang yang sering diberi tumpuan oleh kawan-kawan, guru, jiran-jiran dan ibu bapanya.

Satu hari semua ini ibarat berkubur. Ibu bapa Azlan terlibat dengan kemalangan sewaktu pulang dari menghantar Azlan ke sekolah.

Akibat kemalangan itu ibu Azlan meninggal dunia dan bapa Azlan buta sebelah mata dan patah kaki.

Sejak peristiwa itu Azlan tidak dapat memaafkan bapanya. Azlan menuduh bapanya punca musnahnya kebahagiaan yang beliau kecapi selama ini.

Telefilem Restu Ayah Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Telefilem Restu Ayah Di TV9"

Comment Author Avatar
Cerita ni dah tengok rasanya.. memang sedih juga kisahnya