Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Stallion Laguna AFC Cup 2023

Terengganu vs Stallion Laguna AFC Cup 2023

Selesai wakil Sabah, kini satu lagi giliran wakil negara untuk bermain dalam saingan AFC Cup 2023 iaitu perlawanan antara Terengganu FC vs Stallion Laguna FC iaitu pada 26 Oktober 2023, hari Kamis bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Perlawanan lalu bermain di away di Indonesia. Kali ini kembali ke Terengganu untuk menerima kunjungan daripada kelab Filipina iaitu Stallion Laguna dalam aksi ketiga peringkat kumpulan untuk saingan AFC Cup edisi kali ini.

Terengganu kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan G berkongsi mata dengan Bali United sebagai pendaulu liga dengan 4 mata. Manakala Stallion Laguna berada di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.

Terengganu membukan tirai saingan AFC Cup pada September lalu dengan kemenangan tipis 1-0 kepada wakil Australia iaitu Central Coast Mariners. Kemudian di Bali, mereka terpaksa berpuas hati apabila berkongsi mata dengan keputusan 1-1 sehingga tamat wisel penamat.

Berbeza dengan nasib Stallion Laguna yang mana pada perlawanan pertama juga mereka telah dibelasah 5-2 kepada Bali United meskipun ketika itu bermain di halaman sendiri di Stadium Binan, Filipina. Boleh tahan pasukan Indonesia.

Tapi sebenarnya, ia tidak terhenti disitu apabila sekali lagi Stalltion Laguna dibelasah lebih teruk kali ini kepada CCM ketika bertandang di Australia. Masa pertama bolos 3 gol dan berjaya menjaringkan 1 gol. Masa kedua CCM tambah lagi 6 gol menjadikan keseluruhan 9-1.

Jika dilihat daripada prestasi dan keputusan tersebut, nampaknya Terengganu tidak berhadapan dengan masalah. Lawan mereka sebelum ini berjaya mengalahkan Stallion Laguna, Terengganu yang mendapatkan keputusan yang lebih baik sepatutnya mampu lakukan perkara yang sama.

Akan tetapi ini merupakan pertembungan kali pertama untuk kedua-dua pasukan. Secara amnya, mereka tidak mengetahui lebih mendalam kekuatan pasukan masing-masing sehinggalah pada perlawanan akan datang.

Tetapi Terengganu nampak lebih berkelebihan untuk mencatatkan kemenangan. Ianya adalah berdasarkan keputusan perlawanan-perlawanan sudah dan ditambah dengan kelebihan tuan rumah, termasuk penyokong sendiri yang hadir.

Jadi Terengganu seharusnya mempergunakan segala kelebihan yang ada untuk menumpaskan pihak lawan. Jangan terlalu overconfident tetapi perlu yakin dan bermain mengikut perancangan untuk meraih kemenangan.

Siaran Langsung Terengganu vs Stallion Laguna AFC Cup 2023

Bermain di home dan inilah masanya untuk penyokong-penyokong datang membanjiri stadium untuk memberikan sokongan kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang. Jadi beli tiket sekarang secara online di www.tickethotline.com.my.

Tapi jangan risua untuk anda yang berada di rumah, dimana anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv yang akan dibawakan menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau secara online di Astro Go.

Selain itu, jika tiada Astro, penonton boleh saksikan secara live streaming di Sooka sama ada di platform laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan Pas Liga Malaysia untuk dapatkan saluran Arena Bola dengan harga RM28.90 sebulan.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Terengganu vs Stallion Laguna untuk aksi AFC Cup 2023 pada 26 Oktober ini, hari Khamis, pukul 4.00 petang bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak

26 Oktober 2023 (Khamis)

Terengganu vs Stallion Laguna

Masa : 4.00 Petang
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Terengganu vs Stallion Laguna AFC Cup 2023"