Selain Di Stadium, Ini 3 Cara Tonton Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia

Selain Di Stadium, Ini 3 Cara Tonton Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia

Kalau nak saksikan perlawanan Chinese Taipei vs Malaysia kali ini di stadium pastinya perlukan kos yang tinggi kerana perlu terbang ke Taiwan. Tapi sebenarnya ada beberapa cara lain lagi untuk anda tengok perlawanan siaran langsung ini.

Skuad Harimau Malaya akan mengharungi satu lagi perlawanan iaitu yang kedua dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan kali ini mereka akan bertemu pasukan Chinese Taipei pada 21 November 2023, hari Selasa ini.

💡Table Of Contents

  1. Siaran Langsung Di Arena Bola 803
  2. Live Streaming Aplikasi Sooka
  3. Tayangan Skrin Besar (Percuma)
  4. Bonus

Pertembungan untuk kedua-dua pasukan akan berlangsung pada Selasa ini bertempat di Stadium Perbandaran Taipei di Taiwan. Kalau berkesempatan dan ada rezeki sikit, boleh la datang sebagai 'ekor' menyokong pasukan kebangsaan disana.

Tetapi sekiranya tidak mampu, anda masih lagi boleh menyaksikan perlawanan ini secara langsung dan memberikan sokongan dari jauh. Ini kerana, perlawanan ini turut dibawakan ke kaca tv untuk tontonan ramai di Malaysia.

Sebenarnya, ia sama sahaja ketika perlawanan Malaysai vs Krygyzstan pada Khamis lalu, bezanya kali ini pasukan lawan pula yang menjadi tuan rumah dan bukan bermain di Bukit Jalil. Jadi stadiumnya jauh dari Malaysia.

3 Cara Untuk Tonton Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia

Senarai ini adalah terkecuali daripada menyaksikan di stadium. Tapi sekiranya ada rakyat Malaysia di Taiwan atau yang terbang bersama ke sana dan berhajat untuk datang ke stadium, anda boleh beli tiket masuk secara online di tickets.udnfunlife.com.

Jom kita tengok 3 cara untuk anda saksikan perlawanan siaran langsung Chinese Taipei vs Malaysia sama ada yang berbayar atau secara percuma:

1)  Siaran Langsung Di Astro Arena Bola 803

Saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 turut dibawakan secara langsung ke kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau secara online di Astro Go. Jadi ianya khusus untuk pengguna Astro sahaja.

Disebabkan ianya adalah saluran berbayar, jadi tidak boleh tidak, jika anda ingin menonton perlawanan ini, anda perlu langgan Astro bersama pek sukan. Kemudian barulah boleh layan Harimau Malaya beraksi.

2)  Live Streaming Aplikasi Sooka

Tapi jangan risau untuk yang bukan pengguna Astro, dimana kini terdapat alternatif untuk anda live streaming bola sepak iaitu menerusi platform Sooka. Anda boleh buka sama ada menggunakan laman web atau aplikasi mobile.

Anda tidak perlu langgan Astro bertahun-tahun, dengan Sooka, anda boleh langgan secara bulanan dan tanpa kontrak. Untuk menyaksikan Chinese Taipei vs Malaysia ini, hanya perlu 24-jam dengan harga serendah RM12.90 sahaja.

3)  Tayangan Skrin Besar Secara Percuma

Kedua-dua cara diatas perlukan kepada langganan. Ini bermakna anda perlu bayar untuk menyaksikan perlawanan ini secara langsung. Tapi mungkin anda antara anda yang tidak berkemampuan tetapi ingin menyaksikan aksi Harimau Malaya.

Dengan itulah, pihak KBS melalui Jabatan Belia Sukan Negara (JBSN) ada menyediakan alternatif untuk orang ramai menyaksikan perlawanan ini secara percuma sahaja iaitu menerusi Tayangan Skrin Besar.

Sama juga seperti pada perlawanan sudah. Kali ini juga, ada disediakan. Pihak JBSN telah menyenaraikan 7 lokasi terpilih di seluruh Malaysia. Anda boleh datang beramai-ramai bagi memeriahkan suasana pada waktu dan tarikh yang ditetapkan.

Bonus - Youtube

Kalau semua cara diatas tak dapat juga nak tengok. Boleh la layan di youtube Astro Arena untuk menyaksikan perlawanan ini. Rasanya sekarang, semua orang dah ada youtube. Dalam phone mesti ada punya aplikasi ni kan.

Tapi kalau nak guna youtube, tak dapat la nak layan perlawanan siaran langsung, tetapi boleh layan sorotan atau highlight sahaja la. Biasa ianya akan dikeluarkan beberapa minit selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Selain Di Stadium, Ini 3 Cara Tonton Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia"