4 Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan Malam Ini Percuma Dan Berbayar

4 Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan Malam Ini Percuma Dan Berbayar

Untuk pengetahuan ini, sebenarnya terdapat beberapa cara untuk anda menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan Harimau Malaya iaitu Malaysia vs Kyrgyzstan samada secara berbayar mahupun percuma.

Malaysia akan membuat perhitungan pertama dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2027/Piala Asia 2026 apabila bertemu Kyrgyzstan pada 16 November 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

💡Table Of Contents

  1. Cara Layan Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan
    1. Datang Ke Stadium
    2. Siaran Langsung Di Astro
    3. Live Streaming Menerusi Sooka
    4. Layan Tayangan Skrin Besar (Percuma)

Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Republik Kyrgyz, Oman dan Chinese Taipei dalam peringkat kelayakan kali ini dengan memulakan aksi di pusingan kedua. Terdapat 6 perlawanan secara keseluruhan.

Jadi penyokong Harimau Malaya sudah boleh mula berikan sokongan kepada pemain-pemain kebangsaan dalam cabaran ini. Selain datang ke stadium, jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung di kaca tv dan live streaming.

4 Cara Tengok Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan

Terdapat 4 cara untuk anda menonton perlawanan Malaysia vs Kyrgyzstan secara langsung mahupun live streaming, sama ada berbayar atau secara percuma.

1)  Datang Ke Stadium

Yang paling terbaik sudah semestinya anda menonton terus di stadium. Perlawanan kali ini akan berlangsung di Stadium Nasional Buki Jalil, Kuala Lumpur.

Disamping menonton lebih dekat, anda juga boleh berikan sokongan dan sorakan terus kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang. Sekali gus akan memberikan tonik tambahan kepada pemain.

Anda boleh dapatkan tiket masuk stadium secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM40 untuk tiket terbuka. Setakat artikel ini dikeluarkan, sebanyak 10 ribu tiket telah terjual.

2)  Siaran Langsung Di Astro

Tapi bagi anda yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium atas kekangan masa atau jarak yang memisahkan terlalu jauh, anda boleh tonton siaran langsung di kaca tv.

Perlawanan Malaysia vs Kyrgyzstan untuk saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia kali ini akan disiarkan menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau secara online di Astro Go.

Ini khusus untuk pengguna Astro sahaja.

3)  Live Streaming Menerusi Sooka

Sekiranya anda tidak mempunyai akses Astro dan masih ingin saksikan perlawanan ini secara langsung, jangan risau. Anda boleh tonton secara live streaming di aplikasi Sooka.

Penonton hanya perlu langgan pas Liga Malaysia yang mempunyai saluran Arena Bola dengan harga RM28.90 sebulan. Selain itu, boleh juga tonton Liga Super, Piala Malaysia, AFC Cup dan ACL nanti.

4)  Layan Tayangan Skrin Besar Secara Percuma

Kesemua pilihan diatas adalah yang berbayar. Untuk info, perlawanan kali ini tidak disiarkan di siaran tv percuma baik RTM mahupun TV3. Tapi masih ada lagi alternatif lain.

Pihak KBS telah menyediakan tayangan Skrin Besar di 16 lokasi terpilih seluruh Malaysia bagi menyaksikan perlawanan Malaysia vs Kyrgyzstan pada malam ini.

Yang paling best, untuk menonton di lokasi tersebut, masuk adalah percuma. Tidak perlu kepada apa-apa bayaran. Hanya perlu sokongan anda untuk disalurkan kepada Harimau Malaya sahaja.

lokasi tayangan skrin besar malaysia vs kyrgyzstan

Terdapat 4 pilihan yang disediakan untuk anda menonton perlawanan pada malam ini. Jangan terlepas untuk menyaksikannya walau dalam apa jua keadaan.

Semoga Harimau Malaya mampu memberikan saingan dan melakar kemenangan dalam perlawanan ini, sekali gus berjaya mara ke peringkat seterusnya dalam Kelayakan Piala Dunia 2027/Piala Asia 2026.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "4 Cara Tonton Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan Malam Ini Percuma Dan Berbayar"