Siaran Langsung Live Streaming Central Coast Mariners (CCM) vs Terengganu AFC Cup 2023

Siaran Langsung Live Streaming Central Coast Mariners (CCM) vs Terengganu AFC Cup 2023

Central Coast Mariners FC vs Terengganu FC adalah perlawanan pertama untuk minggu kelima kumpulan G bagi saingan Piala AFC 2023. Satu lagi perlawanan melibatkan Bali United vs Stallion Laguna.

💡 Table Of Contents

  1. Sejarah Pertemuan
  2. Siaran Langsung
  3. Jadual & Keputusan

Perlawanan melibatkan pasukan dari Pantai Timur ini akan berlangsung pada 29 November 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Industree Group di Gosford Australia.

Mereka akan membuat perhitungan sekali lagi untuk pusingan kali kedua ini. Kali pertama adalah pada perlawanan pembukaan pada September yang.

Sejarah Pertemuan

Perlawanan yang berlangsung di Kuala Terengganu ketika itu menyaksikan Terengganu berjaya menumpaskan pasukan lawan dengan jaringan tipis 1-0.

Tetapi sejak daripada kekalah CCM, selepas itu, mereka menunjukkan peningkatan yang mendadak. Mereka menang kesemuanya dengan jumlah jaringan sebanyak 17 gol.

Kali ini bermain di tempat mereka sendiri pastinya akan memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah. Terengganu perlu berwaspada kepada serangan yang diberi sepanjang perlawanan nanti.

Kumpulan ini masih terbuka hanya kepada 3 pasukan teratas sahaja. Masing-masing mempunyai peluang untuk menjuarai kumpulan dan layak ke peringkat seterusnya.

Akan tetapi, perubatan yang paling sengit pastinya antara CCM dan Terengganu sendiri. Masing-masing hanya dipisahkan dengan 1 mata sahaja. Pasukan yang menang dalam perlawanan ini, bakal menduduki tempat pertama kumpulan.

Kini giliran Terengganu perlu travel ke tempat yang lebih jauh seperti yang dialami oleh Central Coast Mariners ketika bertandang ke Malaysia sebelum ini.

Disebabkan itulah, pemain-pemain Terengganu perlu cepat menyesuaikan keadaan dan terus kembali cergas selepas menjalani perjalanan yang jauh.

Siaran Langsung Central Coast Mariners vs Terengganu

Bagi yang bersemangat untuk menyaksikan perlawanan ini, boleh la terbang ke New South Wales Australia. Tetapi bagi yang tidak berkesempatan boleh tengok sahaja di tv.

Perlawanan ini turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluran 803) atau pengguna Astro juga boleh tonton secara online di Astro Go secara percuma.

Tapi bagi yang tidak mempunyai Astro, anda boleh tonton secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Jadual Dan Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan antara Central Coast Mariners  (CCM) vs Terengganu dalam aksi AFC Cup 2023 pada 24 November ini di Gosford.

Manakala kumpulan untuk perlawanan ini pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada petang tersebut. Akan diumumkan seperti dibawah

29 November 2023 (Rabu)

Central Coast Mariners vs Terengganu

Masa : 4.00 Petang
Tempat : Stadium Industree Group
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Central Coast Mariners (CCM) vs Terengganu AFC Cup 2023"