Tonton Gamers Mangkuk Drama Astro Original Mulai 1 Disember Ini

Gamers Mangkuk Drama Astro Original

Dari 'kapla' Projek High Council kepada seorang gamers yang berkecimpung dalam dunia e-sukan dan itulah yang bakal diterjemahkan oleh Amir Ahnaf dalam naskah terbarunya 'Gamers Mangkuk'.

Ini merupakan siri premium Astro Originals yang pertama mengenai eSport dan ianya merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games.

💡Isi Kandungan

  1. Info Penuh
  2. Pelakon & Watak
  3. Sinopsis
  4. Trailer

Siri Gamers Mangkuk akan menumui bermula 1 Disember 2023 sebanyak lapan episod. Akan bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di slot Astro Originals menerusi saluran Astro Premier (CH410).

Selain itu, jika anda ingin menonton lebih awal, anda boleh berbuat demikian menerusi platform On Demand dan Astro Go pada 12 tengah malam pada hari yang sama.

Info Gamers Mangkuk

Episod : 8
Tayangan : Slot Astro Originals di Astro Premier
Tarikh : Mulai 1 Disember 2023 (Setiap Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Sham Hashim, Bainun Waheeda dan HarisM. Nor
Pengarah : Hyrul Anuar
Produksi : Astro Shaw & MOONTON Games

Gamers Mangkuk Drama Astro Original

Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon utama untuk drama Gamers Mangkuk ini seperti Amir Ahnaf, Taufik Izmir, Nick Davis, Sara Mack Lubis, Sathisvaran.

Mereka dibantu oleh Amelia Christie, Josiah Hogan, Nadia Brian, Taqim Zaki, Khatijah Tan, Lousa Chong, Puteri Qaseh dan ramai lagi.

  • Amir Ahnaf sebagai Tam
  • Taufik Izmir sebagai Napi
  • Nick Davis sebagai Lee
  • Sara Mack Lubis sebagai Maya
  • Sathisvaran sebagai Theeban
  • Amelia Christie sebagai Vie
  • Josiah Hogan sebgai Slayer
  • Nadia Brian sebagai Aleya
  • Taqim Zaki sebagai Abang Long
  • Khatijah Tan sebagai Hajah Munah
  • Louisa Chong sebagai June
  • Puteri Qaseh sebagai Madness

Sinopsis Gamers Mangkuk

Siri Gamers Mangkuk mengisahkan tentang perjalanan lima anak muda yang terdiri daripada Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban yang berjuang untuk melepasi pertarungan e-sukan terkemuka Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dengan mendapat tajaan daripada Mangkuk Hajah Munah.

Setelah diperkenalkan dengan nama 'Gamers Mangkuk', mereka berjaya menerima jemputan daripada Slayer iaitu pemain e-sukan dan streamer handalan Malaysia untuk bertarung di dalam sebuah pertandingan besar.

Sekiranya berjaya, mereka akan menerima habuan hebat iaitu menyertai Team Perang, kumpulan pemain-pemain e-sukan profesional dan juara e-sukan Kebangsaan.

Gamers Mangkuk Drama Astro Original

Setelah Gamers Mangkuk berhempas pulas, ternyata pertarungan yang dijanjikan adalah tipu helah semata-mata serta dirancang oleh pihak penganjur untuk mendapat perhatian masyarakat dan penaja sahaja.

Manakala juara pertandingan juga telahpun ditetapkan terlebih awal sebelum penglibatan Gamers Mangkuk.

Akibat terkilan dengan keputusan pihak penganjur, Gamers Mangkuk mencabar Team Perang untuk pertempuran satu-lawan-satu dan perlu disiarkan secara langsung kepada umum.

Mampukah Gamers Mangkuk menawan Team Perang untuk dinobatkan sebagai kumpulan e-sukan baru? Segalanya akan terjawab dalam siri terbaru Astro Original sini.

Trailer

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post