Drama Beautiful Love Revenge - Sinopsis Dan Full Episod Astro Ria

Drama Beautiful Love Revenge

Saksikan drama terbaru Beautiful Love Revenge yang akan menemui penonton mulai 1 November 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go. Juga tersedia di Sooka.

Drama bersiri yang diadaptasi daripada novel bertajuk sama karya Wannie Nordin ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jamal Khan dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Info Drama Beautiful Love Revenge

Episod : 20
Tayangan : Astro Ria
Bersiaran : Mulai 1 November 2023 (Rabu & Khamis)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Drama Beautiful Love Revenge

Pelakon & Watak Lakonan

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Harissa Adlynn, Daniel Fong, Luqman Hafidz, Jihaa Sham, Syafi Tee, Maria Farida, Mikael Noah, Heidi Nur Aleesya, Aljeffri Sherry, Nizam Kama, Firdaus Ghufran ramai lagi.

  • Harissa Adlynn sebagai Ammara Sofea
  • Daniel Fong sebagai Noah Faeq
  • Luqman Hafidz sebagai Farid
  • Jihaa Sham sebagai Aina
  • Syafi Tee sebagai Ariel
  • Maria Farida sebagai Maria
  • Mikael Noah sebagai Aidaan
  • Heidi Nur Aleesya sebagai Aafia

Sinopsis Drama Beautiful Love Revenge

Drama Beautiful Love Revenge mengisahkan tentang perkahwinan bahagia Ammara bersama Farid yang berakhir dengan pencerian pada sambutan anniversaty perkahwinan mereka angkara orang ketiga.

Ammara bersama dua orang lagi anaknya hilang bergantung dan dalam keadaan tidak menentu, Ammara bertemu dengan Noah dalam satu insiden. Kemudiannya Noah jatuh cinta pada Ammara.

Konflik hubungan Ammara dan Noah berlaku apabila Farid tidak berpuas hati dengan perkahwinan mereka. Farid merancang untuk membalas dendam terhadap Noah.

Adakah Ammara akan menemui kebahagiannya bersama Noah?

Drama Beautiful Love Revenge

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Beautiful Love Revenge - Sinopsis Dan Full Episod Astro Ria"