Tonton Drama Jangan Lupa Janji Di Astro Ria Mulai 20 November Ini

Drama Jangan Lupa Janji Di Astro Ria

Selepas habis tayangan drama Cik Misi 123, akan ada sebuah lagi drama terbaru yang akan ditayangkan menerusi slot Tiara bermula 20 November 2023 iaitu drama Jangan Lupa Janji.

Drama 45 episod ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 6.00 petang di saluran Astro Ria (CH104). Untuk tayangan di Sooka, akan disiarkan pada jam pukul 7.00 malam.

Michael Ang sekali lagi tampil sebagai pengarah untuk drama ini, nukilan skrip daripada Rehal Nuharis dan diterbitkan oleh syarikat produksi Juita Viden.

Sinopsis Drama Jangan Lupa Janji

Drama Jangan lupa Janji menampilkan barisan pelakon seperti Ben Amir, Uqasha Senrose, Jazmy Juma, Amir Aziz dan Melissa Aurellia.

Selain itu, terdapat juga nama-nama lain seperti Ardini Angeline Tan, Azha Amir, Roy Azman, Noarazah Aziz, Alif Muhamin dan ramai lagi.

  • Ben Amir sebagai Ikmal
  • Uqasha Senrose sebagai Rihanna
  • Jazmy Juma sebagai Mikael
  • Amir Aziz sebagai Arip
  • Melissa Aurellia sebagai Zulaikha
  • Angeline Tan sebagai Mona

Ianya mengisahkan tentang Ikmal dan Mikail adalah anak angkat kepada Mona. Ikmal bekerja keras supaya Mikail mendapat pendidikan yang bagus di kolej. Namun Mikail terjerumus dengan pelbagai masalah akibat salah berkawan.

Drama Jangan Lupa Janji Di Astro Ria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Tonton Drama Jangan Lupa Janji Di Astro Ria Mulai 20 November Ini"