Drama Kami Orang KL Di TV3 Dan Sinopsis

Info Drama Berepisod Kami Orang KL Di TV3 Dan Sinopsis

Saksikan drama terbaru bagi menggantikan Melasti Ke Hatimu 2 iaitu 'Kami Orang KL' yang akan menemui penonton mulai 30 November 2023.

Drama 15 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Episod : 15
Bersiaran : Slot Lestary di TV3
Tarikh : Mulai 30 November 2023 (Khamis - Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Pengarah : Nur Ain Sharif
Produksi : Rumah Karya Citra Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara pelakon yang tersenarai dalam drama siri ini seperti Andi Bernadee, Afifah Nasir, Ropie, Liza Abdullah, Amyza Aznan, Masniza Manan, Adi Afendi, Maria Farida, Shyrim Husni, Nur Afiqah, Zarrin Nuqman dan ramai lagi.

  • Liza Abdullah sebagai Rafeah
  • Ropie sebagai Hussein
  • Amyza Aznan sebagai Cik Da
  • Afifah Nasir sebagai Kamsiah
  • Razman Syah sebagai Hassan
  • Andi Bernadee sebagai Iqmal
  • Scha Elinnea sebagai Faizah
  • Maria Farida sebagai Kartina
  • Husna Mustafa sebagai Haiza

Sinopsis Drama Kami Orang KL

Drama Kami Orang KL mengisahkan tentang Mahmood yang nekad untuk pulang semula ke kampung halaman telah dipecat.

Dia berhasrat untuk memulakan perusahaan ikan keli dengan wang simpanan dan tanah yang merupakan harta peninggalan arwah bapanya.

Mahmood telah meminta agar kakaknya, Rafeahh untuk menetap di rumahnya sementara dia menguruskan tugasassnya di kampung.

Permintaan ini telah menggembirakan Rafeah sekeluarga. Peluang untuk menetap di bandaraya Kuala Lumpur amat mengujakan, terutamanya bagi anak-anaknya iaitu Hassan dan Kamsiah.

Namun kegembitaan mereka itu tidak dikongsi dengan penduduk kejiranan di Kuala Lumpur. Malah, kehadiran mereka tidak disenangi.

Keluarga Rafeah telah membangkitkan suasana huru-hara di kawasan kejiranan tersebut kerana ada sahaja kegiatan yang dilakukan oleh para penduduk di situ tidak kena di mata mereka.

Bagaimanakah keriuhan tercetus dan berapa lama lagi Rafeah dan keluarganya akan menjadi 'Orang KL'?

Info Drama Berepisod Kami Orang KL Di TV3 Dan Sinopsis

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Kami Orang KL Di TV3 Dan Sinopsis"