Drama W: Two World Versi Malaysia Di Viu

Drama W Two World Versi Malaysia Di Viu

Pasti ramai yang tidak sabar-sabar untuk menantikan drama siri 'W: Two World' versi Malaysia yang akan ditayangkan di Malaysia. Apakah ia mampu setanding versi asli?

W: Two World ini merupakan adaptasi daripada versi Korea yang pernah mejadi fenomena pada tahun 2016. Kini dikeluarkan versi Malaysia untuk tontonan ramai.

💡Isi Kandungan

  1. Info W: Two World
  2. Pelakon & Watak
  3. Sinopsis
  4. Trailer

Drama 12 episod original ini akan menemui penonton bermula 30 November 2023, setiap hari Khamis menerusi platform penstriman Viu Malaysia.

Naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi Independent Pictures, diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dengan nukilan skrip bersama daripada Mamu Vies dan Fairul Nizam Ablah.

Info W: Two World

Episod : 12
Tayangan : Viu Malaysia
Tarikh : Mulai 30 November 2023 (Setiap Khamsi)
Penulis Skrip : Mamu Vies dan Fairul Nizam Ablah
Pengarah : Yusry Abd Halim
Produksi : Independent Pictures

Pelakon & Watak

Dalam siri W: Two World versi Malaysia ini, Hun Haqeem dan Daiyan Trish membawakan watak utama disamping barisan pelakon lain seperti Elizabeth Tan, Mierul Aiman, Faizal Hussein dan Tony Eusoff.

Selain itu ada juga pelakon-pelakon lain seperti Amerul Affendi, Azrul Zaidi, Ikhram Juhari, Shah Kimin dan ramai lagi.

  • Daiyan Trisha sebagai Dr. Izara Yusuf
  • Hun Haqeem sebagai Aliff
  • Elizabeth Tan sebagai Hanna
  • Mierul Aiman sebagai Ghazi
  • Faizal Hussein sebagai Omar Yusuf
  • Tony Eusoff sebagai Musa
  • Amerul Affendi seabgai Shawn
  • Azrul Zaidi sebagai Dr. Zul
  • Ikhram Juhari sebagai Detektif Ali
  • Shah Kimin sebagai Rafi

Drama W Two World Versi Malaysia Di Viu

Sinopsis Drama W: Two World

W: Two World mengisahkan tentang Dr. Izara yang berusaha mencari bapanya, iaitu seorang pencipta siri webtoon popular, W yang telah hilang secara tiba-tiba tanpa jejak.

Pencarian Izara telah membawa dirinya ke dunia webtoon dan secara tidak segaja dia telah menyelamatkan Aliff yang merupakan watak utama dalam webtoon ciptaan ayahnya tersebut.

Disebabkan itu, watak Izara tiba-tiba muncul dalam siri webtoon, W tersebut dan tanpa disedari kehidupannya kini berdepan dengan bahaya dan terjerat antara dunia realiti dan fantasi.

Dalam masa sama, Aliff secara mencari identiti pembunuh keluarganya 10 tahun yang lalu. Aliff sedar dirinya dan Izara saling berkait tanpa mengetahui dirinya hanyalah watak fantasi dalam duniw webtoon.

Trailer

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama W: Two World Versi Malaysia Di Viu"