Filem Budak Flat Di Prime Video (Original)

Filem Budak Flat Di Prime Video

Buat kali pertamanya, sebuah filem Amazon Prime Original dari Malaysia akan ditayangkan di platform penstriman Prime Video bermula 16 November 2023 iaitu menerusi filem Budak Flat.

Filem arahan Eugene Lime bersama  Woo Ming Jin dan Faizal Ishak ini bakal membariskan barisan pelakon hebat antaranya Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, Datuk Aaron Aziz sebagai teraju utama.

Naskah terbitan Skop Production ini juga menampilkan pelakon tambahan lain seperti Joyce Harn, Yung Raja, Balan Kash, Syarnie, Deen Maidin, Azri Sabri, AR Badul dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Budak Flat

Nak tengok bagaimana kehidupan masyarakat yang berkongsikan satu bumbung di tempat yang padat di sebuah flat di Kuala Lumpur, boleh tengok filem Budak Flat ini yang membawakan cerita tersebut kepada penonton.

Filem Budak Flat mengisahkan tentang dua beradik iaitu Aman seorang bekas peragut dan Riz iaitu abangnya seorang pengedar dadah.

Ketegangan memuncak apabila Aman dituduh membunuh ahli kumpulan yang dihormati, membawakan ke persimpangan yang berbahaya.

Untuk mengelak daripada tunduk kepada tekanan Riz, Aman mesti sama ada mencari pelaku sebenar atau menghadapi masa depan yang sangat ingin dielakkan.

Ketika perubatan ketuanan antara dua beradik itu semakin sengit, penduduk flat itu secara tidak sengaja terlibat dalam perang kumpulan di dalam bangunan mereka sendiri.

Filem Budak Flat Di Prime Video

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Budak Flat Di Prime Video (Original)"