Filem La Luna - Sinopsis Dan Tayangan Di Pawagam Mulai 9 November Ini

Filem La Luna

Bermula 9 November 2023, filem La Luna akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan orang ramai boleh menyaksikannya dan ketahui apakah keunikan yang dibawa menerusi cerita ini berbanding filem-filem lain.

Dikatakan, filem arahan pengarah berbakat dari Singapura, M Raihan Halim yang juga merangkap penulis skrip bagi cerita ini bakal menyaksikan sesuatu yang lain dan sekali gus akan memberikan nafas baru terutamanya dalam filem melayu.

Filem terbitan bersama Clover Films, ACT 2 Pictures, One Cool Film dan Papahan Films ini menampilkan gandingan dua teraju utama yang tidak asing lagi dalam industri tempatan iaitu Shaheizy Sam dan Sharifah Amani.

Selain itu, filem La Luna dengan dengan genre komedi ini juga menampilkan barisan pelakon lain seperti Wan Hanafi Su, Hisyam Hamid, Nadiya Nisaa, Namron, Farah Ahmad, Iedil Dzuhrie, Wafiy Ilhan, Syumaila Salihi dan ramai lagi.

Filem La Luna

Sinopsis Filem La Luna

Filem La Luna mengisahkan sebuah kampung rekaan bernama Bras Basah yang merupakan kawasan paling tegas di negara ini khususnya soal agama.

Dengan kehadiran sebuah kedai pakaian dalam bernama 'La Luna' yang diusahakan oleh Hanie secara tiba-tiba telah menghidupkan kampung yang sunyi dan tidak bersemangat.

Walaupun penduduk kampung mula menerima kehadiran Hanie, ketua kampung pula nekad mahu mengusirnya kerana beranggapan perubahan yang dibawa Hanie merosakkan akidah dan suasana di Bras Basah.

Watak Lakonan

Berikut merupakan senarai pelakon dan watak lakonan dalam filem La Luna

  • Sharifah Amani sebagai Hanie
  • Shaheizy Sam sebagai Salihin
  • Nam Ron sebagai Ayob
  • Farah Ahmad sebagai Enah
  • Hisyam Hamid sebagai Pa'at
  • Syumaila Salihin sebagai Azura

Filem La Luna

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post