Filem War On Terror: KL Anarki (2023) - Sinopsis Dan Tayangan Pawagam 23 November

filem war on terror kl anarki 2023

Dikatakan mampu menjadi antara filem aksi terhebat untuk tahun ini. Jika dilihat daripada trailer pun pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh para pelakon beserta banyak letupan bom yang berlaku.

Inilah yang bakal disajikan kepada para penonton menerusi filem War On Terror: KL Anarki dimana akan mula ditayangkan pada 23 November 2023 di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem ini merupakan terbitan bersama Multmedia Entertainent, GSC, Astro dan Six Fun Media, diarahkan oleh Kroll Azry dan Frank See yang mereka juga merangkap penulis skrip bersama Nazri M. Annuar.

💡Isi Kandungan

  1. Pelakon & Watak
  2. Sinopsis Filem
  3. Trailer

Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon utama dalam cerita ini seperti Aedy Ashraf, Farali Khan, Adlin Aman Ramlee, Qi Razali, Daiyan Trisha dan Noki K-Clique

Mereka dibantu oleh nama-nama yang tidak kurang hebatnya juga antaranya Naque Ariffin, Kaboe Hon, Sasidaran Subramaniam, Samarinda Tolhip, Daniel Gan, Laura Olivia, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

  • Aedy Ashraf sebagai Khalid
  • Farali Khan sebagai Anis
  • Adlin Aman Ramlee sebagai Tuan Rahman
  • Qi Razali sebagai Lang
  • Daiyan Trisha sebagai Maria
  • Noki K-Clique sebagai Zac
  • Kahoe Hon sebagai Bob
  • Naque Ariffin sebagai Joe

pelakon filem war on terror kl anarki 2023

Sinopsis Filem War On Terror: KL Anarki

Filem War On Terror: KL Anarki mengisahkan tentang sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Lang telah meletupkan sebuah stesen keretapi di Pantai Timur.

Pasukan khas polis E8 diketuai oleh Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Rahman dan anggotanya Khalid, Anis, Zack dan Bob diarahkan untuk menyiasat.

Hasil siasatan mereka telah membongkar kemungkinan akan ada lagi serangan pengganas di Kuala Lumpur.

filem war on terror kl anarki 2023

Berdasarkan maklumat risikan, mereka telah menyerbu kumpulan pengganas tersebut dan telah berjaya memberkas Lang namun adiknya Joe telah berjaya meloloskan diri.

Keadaan menjadi rumit apabila Joe mengugut untuk meletupkan bandar Kuala Lumpur sekiranya abangnya Lang tidak dibebaskan.

Kini pihak polis perlu berlumba dengan masa kerana ancaman pengganas ini boleh mengorbankan banyak nyawa di Kuala Lumpur.

Trailer Filem

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem War On Terror: KL Anarki (2023) - Sinopsis Dan Tayangan Pawagam 23 November"