Abang Botak Intan, Nabil Dan Douglas Travel Ke UK Dalam From KL To PL (Premier League) Astro Ria

Abang Bota Intan, Nabil Dan Douglas Travel Ke UK Dalam From KL To PL (Premier League)

Aku ni antara peminat program-program travel di Astro. Sebelum ni ada tengok Travel Lawak, kemudian Projek Bapak-Bapak, Jejak Jepun Jihan dan ada program travel terbaru iaitu From KL To PL (Premier League).

Program-program sebelum ni, biasanya kita tengok selebriti atau personaliti tv yang terlibat akan bercuti sambil menyiapkan task atau tugasan yang diberi. Tapi tiada tema yang ditetapkan. Mereka travel sama seperti orang lain juga.

Dalam From KL To PL ni aku tengok di berlainan sikit. Ini kerana travel atau percutian mereka adalah berkaitan dengan sukan bola sepak. Sebab itulah namanya PL atau Premier League dimana ianya merupakan liga bola sepak utama di England.

Kalau berkaitan sukan, pastinya mereka yang terlibat ada yang minat dan tahu pasal sukan bola sepak tersebut. Jadi seramai 4 personaliti yang terlibat dalam program kali ini, tapi bukan semua yang tahu pasal bola sepak.

Dalam From KL To PL kali ini, kita akan dapat saksikan Abang Botak (Nafis Ibrahim), Intan Serah, Nabil Ahmad dan Douglas Lim beraksi dalam satu program. Masing-masing mempunyai pengetahuan dan kelebihan masing-masing.

Kalau kita lihat dari segi pengetahuan sukan semestinya Abang Botak sebagai pengulas Astro Arena dan Intan Serah sebagai pemain bola sepak kebangsaan wanita ada kelebihan. Tapi yang jenis funny dan masuk air, serah kepada Nabil dan Douglas Lim.

Dalam From KL To PL, gelaran diberi untuk 4 personaliti ni macam Nabil Ahmad, The Clueless, Douglas Lim (The Underdog Fan), Abang Botak (The Football Wiki) dan Intan Serah (Miss National Player).

Aku tak sabar juga nak tengok dieorang melawat stadium-stadium di UK macam Old Trafford, Anfield, Emirates dan macam-macam lagi. Ada juga tengok jumpla legend dan player pasukan Manchester United dan banyak lagi. Apalah tugas yang dieorang kena buat nanti sepanjang episod berlangsung.

Tayangan From KL To PL (Premier League)

Nak tahu lebih lanjut, jangan lupa saksikan From KL To PL (Premier League) bermula 20 November 2023, setiap hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi Astro Ria 104 dan secara online striming di Astro Go.

Untuk bukan pengguna Astro, anda boleh saksikan siri program ini menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Herga langgan bermula dari RM12.90 sebulan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Abang Botak Intan, Nabil Dan Douglas Travel Ke UK Dalam From KL To PL (Premier League) Astro Ria"