Hougang United vs Sabah, Info Siaran Langsung & Live Streaming AFC Cup 2023

Hougang United vs Sabah, Info Siaran Langsung & Live Streaming AFC Cup 2023

Dalam waktu dan ketika ini, ada dua perlawanan yang berlangsung di dua venue yang berbeza untuk Kumpulan H ini dan antaranya adalah pertemuan Hougang United FC vs Sabah FC.

Satu lagi perlawanan adalah pertemuan antara PSM Makassar FC dan Hai Phong FC.

💡Table Of Contents

  1. Sejarah Pertemuan
  2. Siaran Langsung
  3. Jadual & Keputusan

Perlawanan-perlawanan ini akan berlangsung pada 30 November 2023, hari Khamis dan melibatkan pasukan Sabah ini, ianay berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Sekarang dah masuk pusingan kedua. Jadi masing-masing akan bertemu sekali lagi untuk membuat perhitungan kali terakhir sebelum menentukan pasukan mana layak ke peringkat seterusnya.

Sejarah Pertemuan

Untuk Hougang United dan Sabah, mereka sudah bertemu ketika perlawanan pembukaan pada September yang lalu dan ketika itu Sabah menjadi tuan rumah di Likas.

Sabah yang pertama kali bermain di peringkat Asia ternyata tidak kekok apabila berjaya meraih kemenangan pertama dengan menumpaskan Hougang United dengan jaringan 3-1.

Pertemuan kali kedua ini giliran kelab bola sepak dari Singapura pula yang akan melayan kunjungan Sabah. Mereka akan membuat perhitungan di halaman Hougang United.

Jika dilihat kedudukan untuk kedua-dua pasukan sangat kontra. Sabah berada di puncak, manakala Hougang terperosok di tempat keempat.

Jika dikira-kira Hougang United masih mampu untuk mengejar kedudukan teratas tetapi in reality sebenarnya tampak sangat sukar.

Sabah juga masih belum selesa berada diatas. Ini kerana ada 2 lagi pasukan yang sedang merapati dan pastinya inginkan kedudukan tersebut untuk layak secara automatik ke pusingan seterusnya.

Siaran Langsung Hougang United vs Sabah

Kalau tengok venue dan lokasi yang berada tidak jauh dari Malaysia. Mungkin penyokong-penyokong Sabah boleh datang ke Singapura untuk berikan sokongan kepada pasukan mereka.

Tapi kalau rasa tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau. Ini kerana perlawanan ini turut dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena Bola (saluan 803) dan Astro Go.

Manakala untuk yang tidak mempunyai Astro, seperti biasa, anda boleh tonton secara live streaming di laman web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Jadual & Siaran Langsung

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan Hougang United vs Sabah bagi aksi kelimat Piala AFC 2023 pada 30 November ini di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga perlawanan tamat pada malam tersebut. Bilangan jaringan dan senarai penjaring akan diumumkan.

30 November 2023 (Khamis)

Hougang United vs Sabah

Waktu : 8.00 Malam
Venue : Stadium Jalan Besar
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Hougang United vs Sabah, Info Siaran Langsung & Live Streaming AFC Cup 2023"