Projek Bapak Bapak Musim 2 Ke Australia Akan Bermula Pada 2 November Ini

Projek Bapa Bapak Musim 2 Di Australia Akan Bermula Pada 2 November Ini

Aku antara peminat program Travel Lawak daripada gandingan Shuk, Mamak dan Sharif lagi. Kemudian tukar peserta kepada Dato Ramli MS, Dato Jalaluddin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali menerusi Projek Bapak Bapak.

Program travel ni menarik apabila kita boleh saksikan bagaimana gelagat peserta yang terlibat mengharungi cabaran yang diperuntukkan bersama-sama. Dalam masa yang sama, kita boleh juga tengok keindahan negara luar.

Sebelum ini, Projek Bapak Bapak buat pertama kali disiarkan di Astro sekitar bulan Jun yang lalu dan ketika itu mereka travel di bumi matahari terbit, Jepun. Kalau tak silap saya di Osaka dan Tokyo antara tempat yang mereka lawati.

Meskipun keempat-empat figura ini buat kali pertama digandingkan dalam satu program, tapi mereka berjaya menyajikan telatah lucu bersama selama program berlangsung, terutamanya Roy Azman sebagai killer.

Projek Bapa Bapak Musim 2 Di Australia Akan Bermula Pada 2 November Ini

Jadi dalam tempoh tersebut, banyak la aktiviti dan cabaran yang aku dah tengok. Masuk rumah hantu, main futsal atas bangunan, naik roller coaster dan macam-macam lagi. Aku masih ingat trademark Tok Ram bila taknak buat cabaran, dia takut kalau ada 'G-Force'.

Cerita santai tapi masih boleh gelak lagi. Dalam masa yang sama juga, aku minat tengok sebab dieorang berada di negara Jepun. Antara negara yang aku suka dan teringin nak travel. Sambil-sambil boleh tengok sedikit keindahan Jepun dalam rancangan ini.

Rupanya bukan aku sorang je minat tengok program ini, sebenarnya ramai dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan ketika itu. Disebabkan itulah, Astro mengadakan Projek Bapak Bapak musim kedua pula dan kali ini di bumi Kangaroo, Australia iaitu di Sydney dan Melbourne.

Kalau tengok video trailer yang dikongsikan oleh akaun @ZonLawak, musim kedua Travel Lawak kali ni nampak lagi menarik bila kesemua bapak bapak join dan buat cabaran yang diberikan sepanjang berada disana.

Menurusi video tersebut, akan ada cabaran seperti sea surfing, menyelam bersama ikan dalam akuarium besar, menunggang vespa di tengah bandar, naik sampai ke puncak Sydney Harbour Bridge, main boomerang dan banyak lagi.

Masih dikekalkan dengan 4 sahabat iaitu Tok Ram, Tok Jalal, Roy Azman dan Jatt Ali. Tapi katanya akan ada tambahan 1 lagi bapak dalam musim terbaru kali ini. Betul ke? Nak tahu kena tengok la nanti masa disiarkan.

Tarikh Bersiaran

Jadi untuk penonton yang tidak sabar-sabar nak tengok, Travel Lawak : Projek Bapak Bapak S2 akan mula bersiaran sebanyak 10 episod termasuk episod khas reunion pada 2 November 2023, setiap hari Khamis, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara online striming di Astro Go khusus untuk pengguna Astro atau di platform Sooka menerusi laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan pek Entertainment dengan harga RM15.90 sebulan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Projek Bapak Bapak Musim 2 Ke Australia Akan Bermula Pada 2 November Ini"

Comment Author Avatar
Menarik. Jom tonton hari ini juga