Review Drama Siri Gadis Kretek Netflix. Cinta Seorang Gadis Yang Tidak Kesampaian

Review Siri Gadis Kretek Netflix

Baru-baru ni tengah heboh di twitter terutamanya apabila ada gambar Dian Sastrowardoyo menghisap rokok dalam keadaan tentang dengan gambaran yang cukup cantik.

Tengok-tengok rupanya, ia adalah salah satu babak yang ada dalam cerita yang beliau berlakon. Seperti yang diumumkan iaitu menerusi Netflix Original berjudul 'Gadis Kretek'.

Ianya telah ditayangkan di Netflix sejak awal November 2023 kalau tak silap. Jadi orang ramai dah boleh mula strim drama siri ini dengan 5 episod kesemuanya.

💡Table Of Contents

  1. Pelakon & Watak
  2. Sinopsis Gadis Kretek
  3. Review Series
  4. Kesimpulan

Barisan Pelakon & Watak

Siri Gadis Kretek ini menampilkan beberapa nama besar dan pastinya tumpuan diarahkan kepada teraju utama iaitu Dian Sastrowardoyo sendiri bersama Ario Bayu.

Selain itu, terdapat juga penampilkan daripada Putri Marino, Arya Saloka,  Ibnu Jamil, Sheila Dara Aisha, Tissa Biani, Nungki Kusumastuti, Ine Febriyanti, Rukman Rosadi, Verdi Solaiman dan ramai lagi.

  • Dian Sastrowardoyo sebagai Dasiyah (Jeng Yah)
  • Ario Bayu sebagai Raja
  • Putri Marino sebagai Arum
  • Arya Saloka sebagai Lebas 
  • Ibnu Jamil sebagai Seno
  • Sheila Dara Aisha sebagai Purwanti
  • Tissa Biani sebagai Rukayah
  • Nungki Kusumastuti sebagia Rukayah (2001)
  • Ine Febriyanti sebagai Roemaisa
  • Rukman Rosadi sebagai Idroes Moeria
  • Verdi Solaiman sebagai Djagad

Sinopsis Gadis Kretek

Kisah siri Gadis Kretek bermula dengan ayah kepada Lebas tiba-tiba meracau dalam tidur menyebut nama Jeng Yah dan disinilah kisahnya bermula.

Sejak daripada peristiwa tersebut, anaknya Lebas ditugaskan oleh Reno untuk mencari Jeng Yah dengan beberapa klu dan peninggalan yang ditinggalkan oleh ayahnya tersebut.

Lebas mula meneruskan misi tersebut sebelum ayahnya meninggal kerana sakit kanser. Dia bermula di sebuah daerah Pulau Jawa iaitu di muzium kretek.

Disana, Lebas bertemu dengan penderma Dr. Arum Cengkeh yang akhirnya sertai misi Lebas untuk mencari siapakah dan dimanakah Jeng Yah berada.

Review Siri Gadis Kretek Netflix

Di muzium tersebutlah, pelbagai surat yang dijumpai dan kesemuanya adalah kearah kepada perjalanan hidup Jeng yah. Sehinggakan sebenarnya Arum juga terlibat dalam kisah tersebut.

Flashback berlaku berkali-kali apabila Lebas dan Arum membaca surat yang dijumpai dimana sebenarnya ianya ditulis oleh Jeng Yah suatu ketika dahulu.

Kisah bermula pada tahun 60-an di sebuah Pekan M di Pulau Jawa. Kisah bermula Dasiyah aka Jeng Yah bekerja di Kilang Kretek sehinggalah keluarganya dihancurkan.

Pelbagai kisah diceritakan sepanjang siri ini berlangsung. Akhirnya kita dapat tahu siapakah Jeng Yah, Raja yang sebenar.

Review Siri Netflix Gadis Kretek

Untuk info, jika dalam bahasa, nama siri ini adalah Gadis Kretek dan dalam english adalah Cigarette Girl. Ada yang bagi tahu, kretek ini berbeza dengan rokok walaupun fungsinya sama.

Di Indonesia, ianya dipanggil kretek kerana rokok tersebut dicampur dengan kayu cengkih dan rasanya berbeza dengan rokok biasa. Rokok adalah rokok, kretek adalah kretek.

Untuk aku, mula-mula penceritaan sahaja aku dah minat apabila siri ini menyediakan cinematography yang sangat tenang dan cantik. Ini juga antara tarikan utama sepanjang penceritaan. Gambaran 60-an tu sampai tau. Sempurna.

Kemudian, Dian Sastro juga menjadi antara tarikan utama siri ini. Membawakan watak seorang gadis yang dedikasi bekerja di kilang rokok meskipun ketika itu, wanita dipandang hina apabila bekerja disini.

Sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur sambil mengenakan kebaya berwarna hitam. Dah la cantik, tambah pakaian yang dikenakan, lagi bertambah cantik.

Gadis Kretek yang diadaptasi daripada Novel fiksyen karya Ratih Kumalah ini sebenarnya paling best adalah plot dan jalan ceritanya dari mula sampai habis. Siap ada plot twist lagi dan menyebabkan ianya menjadi lebih menarik.

Kehebatan Seorang Gadis Menghasilkan Perisa Kretek

Gadis Kretek itu sendiri sebenarnya ditujukan kepada watak utama, Dasiyah bersama-sama perisa kretek yang dihasilkannya dan menamakan rokok tersebut sebagai 'Gadis Kretek'.

Review Siri Gadis Kretek Netflix

Pada ketika itu, kepercayaan setiap tauke kilang rokok ini, wanita tidak boleh menghasilkan perisa rokok kerana ianya akan menjadi masam berikutan bau yang dibawa oleh wanita itu sendiri.

Tapi kepercayaan tersebut disanggah apabila Jeng Yah berjaya menghasilkan perisa sendiri, sekali gus meningkatkan penjualan kilang rokok milik keluarganya.

Sikap Dengki Menghacurkan Segalanya

Disebabkan kejayaan yang dikecapi oleh Jeng Yah bersama ayahnya iaitu Pak Idroes, pesaing mereka, si Djagad mula iri hati dan cemburu.

Dengan kuasa politik yang ada, beliau telah menjatuhkan perniagaan Pak Idroes dan memaksa Raja bekerja dengannya dan curi perisan 'Gadis Kretek' untuk dihasilkan semula bagi kilang Djagad juga.

Jatuh Cinta Pada Pandangan Pertama

Aku rasa inilah antara keypoint utama dalam siri Netflix Gadis Kretek ini. Gadis yang awalnya tidak endahkan lelaki akhirnya telah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang ikhlas betul-betul sayangkannya.

Raja sanggup lakukan apa sahaja supaya impian Jeng Yah terlaksana. Antara perkara yang dibuat adalah membenarkan dan melindungi Jeng Yah ketika dia sibuk menghasilkan perisa terbaru tersebut.

Review Siri Gadis Kretek Netflix

Akan tetapi, semuanya hancur gara-gara Djagad. Mereka terpisah selama bertahun-tahun apabila Jeng Yah dipenjara kerana ingin menyelamatkan ayahnya.

Ketika itu juga, Raja telah berkahwin dengan kawan baik Rukayah iaitu Purwanti. Keputusan itu dibuat semata-mata demi menyelamatkan Dasiyah terlepas daripada penjara. Ternyata janji yang ditabur oleh Djagad dusta belaka.

Dasiyah bebas bukan kerana Djagad seperti yang dijanjikan, tetapi itu semuanya sudah terlambat apabila Raja sudahpun bernikah dengan Purwanti.

Kini Jeng Yah kehilandan Raja dan dia juga sudah berkahwin dengan gadis lain.

Pada akhirnya Raja telah membuat keputusan untuk kembali semula kepada Jeng Yah dan dia juga sudah bersetuju. Tetapi ternyata ianya sudah terlambat.

Sebelum Raja dan Jeng Yah ingin bersatu semula, Jeng Yah sudah meninggal dunia akibat jangkitan yang diperolehi ketika dipenjara bertahun-tahun sebelum ini.

Pada akhirnya, Jeng Yah meninggal dunia dipangkuan adiknya Rukayah dan Raja hidup bahagian bersama Purwanti dan tiga anak lelakinya.

Plot Twist Yang Menarik

Dalam siri ini ada satu plot twist tetapi bukan dalam penceritaan flash back tetapi masa sekarang. Pada awalnya Dr. Arum menyangka Rukayah adalah ibu sebenarnya, tetapi ianya tidak.

Rukayah hanya memikul tanggungjawab menjaga Arum dari kecil daripada akaknya Dasiyah sahaja. Ibunya tidak menceritakan perkara sebenar sehinggalah Arum mengetahuinya sendiri.

Sebelum Jeng Yah meninggal, dia sempat bernikah dengan Seno sebelum Seno gugur dalam medan pertempuran. Jeng Yah juga sempat melahirkan anak Seno ketika itu.

Review Siri Gadis Kretek Netflix

Kesimpulan

Walaupun ceritanya agak lambat dan slow dan ditambah pula setiap episod berdurasi 1 jam, tapi tak rasa bosan pun. Mungkin dengan kualiti color grading yan diberi beserta pelakon yang memain peranan.

Boleh je nak layan straight tanpa henti, tapi sebab dah jauh malam. Aku split la 2 hari je untuk habis siri Gadis Kretek ini.

Satu lagi, cerita ini boleh tengok bersama keluarga, tapi kena jaga-jaga untuk episod 2 pada hujung dan awal episod 3 serta tengah-tengah episod 5. Ada adegan cumbuan. Cerita Netflix kan, mestilah kena ada. Tapi berani betul Dian Sastro buat babak cium tu ek.

Overall, memang puas hati Gadis Kretek ni. Kalau bukan perokok tak terasa la nak isap rokok. Takut perokok yang sudah lama tinggal, mungkin triggered juga kot.

Terlalu banyak babak hisap roko dalam cerita ini. Siap ada bunyi-bunyi kriuk kriuk lagi masa bakar rokok tersebut. Dan pastinya ada yang nak rasa rokok Gadis Kretek tersebut


Rating Gadis Kretek : 8.5/10 

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Review Drama Siri Gadis Kretek Netflix. Cinta Seorang Gadis Yang Tidak Kesampaian"