Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Kyrgyzstan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Kyrgyzstan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Pasti ramai yang tak sabar-sabar untuk saksikan perlawanan Malaysia vs Kyrgyzstan secara langsung pada 16 November 2023, hari Khamis ini, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

💡Table Of Contents

  1. Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
  2. Senarai Pasukan
  3. Format Pertandingan
  4. Sejarah Pertemuan
  5. Siaran Langsung Malaysia vs Kyrgyzstan
  6. Jadual Dan Keputusan Terkini

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027

Pertemuan untuk kedua-dua pasukan ini merupakan saingan dalam peringkat Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Ya, satu perlawanan kelayakan menentukan dua kejohanan berbeza.

Ini merupakan peringkat kedua untuk Kelayakan Piala Dunia 2026. Bermakna, selepas ini akan ada lagi peringkat ketiga, keempat dan seterusnya sehinggalah ke kejohanan sebenar.

Manakala untuk Kelayakan Piala Asia 2027, ini merupakan peringkat terakhir. Bermakna pasukan yang berjaya selepas ini, akan mara ke kejohanan sebenar.

Senarai Pasukan

Untuk benua Asia (AFC), sebanyak 36 pasukan yang layak dan mengambil bahagian. Terdapat 9 kumpulan yang terdiri dariapda 4 pasukan setiap daripadanya.

Untuk peringkat kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ini Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Oman, Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

Format Pertandingan

Untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026, terdapat 5 peringkat kesemuanya. Kini masih di peringkat kedua. Jadi selepas ini ada lagi 3 peringkat sebelum layak ke Piala Dunia 2026 mewakili benua Asia.

Dalam saingan kali ini, hanya juara dan naib juara setiap kumpulan yang akan mara ke peringkat ketiga. Ini bermakna hanya 18 pasukan sahaja yang pusingan seterusnya.

Dalam masa yang sama, pasukan yang berjaya mara tersebut juga, secara automatik akan layak ke Piala Asia 2027, tanpa perlu mengharungi peringkat kelayakan yang lain selepas itu.

Sejarah Pertemuan Malaysia vs Kyrgyzstan

Untuk info, jika dilihat dalam ranking FIFA bola sepak dunia, kedudukan Kyrgyzstan lebih tinggi berbanding Malaysia. Kyrgyzstan kini berada di ke kedudukan 97 berbanding Malaysia di rangking 137.

Tetapi ingat, sebelum ini Malaysia tidak mengendahkan ranking FIFA tersebut apabila berjaya mencatatkan keputusan yang baik bila berhadapan dengan pasukan yang lebih tinggi rangkingnya.

Jika dilihat sejarah pertemuan untuk kedua-dua pasukan, mereka pernah bertemu sekali pada tahun 2018 menerusi perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Bukit Jalil tersebut, skuad Harimau Malaya tumpas kepada pasukan lawan dengan jaringan tipis 1-0 sahaja.

Tetapi itu cerita 5 tahun sudah dan kini Harimau Malaya berwajah baru dengan dibarisi pemain hebat dibawah ketua jurulatih Kim Pan Gon.

Jika dilihat lima perlawanan terakhir bagi kedua-dua pasukan, ternyata Malaysia lebih berjaya. Menang dan seri 2 kali dan hanya tewas sekali sahaja.

Berbanding pasukan Republik Kyrgyz apabila hanya menang sekali sahaja dan telah tewas sebanyak 3 kali dan seri sekali. Yang terbaru, Fiilipina baru sahaja menewaskan pasukan ini di tempat lawan.

Jika Filipina mampu, Malaysia juga mampu meraih kemenangan pada perlawanan pertama pada malam ini.

Siaran Langsung Perlawanan Malaysia vs Kyrgyzstan

Untuk anda yang ingin menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ini di stadium, anda kini boleh dapatkan tiket secara online di www.tickethotline.com.my.

Bagi yang tidak berkesemptan untuk hadir, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau secara online di Astro Go.

Manakala untuk yang tiada Astro, boleh tonton secara live streaming di platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Selain itu, pihak KBS juga telah menyediakan Tayangan Skrin Besar di 16 lokasi terpilih seluruh Malaysia. Boleh datang dan tengok beramai-ramai. Masuk adalam percuma.

Jadual Dan Keputusan Terkini

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia vs Kyrgyzstan yang dijadualkan berlangsung pada 16 November ini.

Keputusan perlawanan pula akan diketahui selepas tamat perlawanan pada malam tersebut. Ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk keputusan terkini.

FT : Malaysia (4) - (3) Kyrgyzstan

  • Dion Cools 7', 77'
  • Zhyrgalbek 42'
  • Batyrkanov 44'
  • Merk 57' 
  • Brauzman (GS) 72'
  • Faisal Halim 90'+3

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Kyrgyzstan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia"