Senarai 7 Lokasi Tayangan Skrin Besar Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia Malam ini

Senarai 7 Lokasi Tayangan Skrin Besar Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia Malam ini

Pada Khamis yang lalu, pasukan negara bermain dalam perlawanan peringkat kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyszstan di home of Harimau Malaya iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur Malaysia.

Untuk perlawanan kedua ini Chinese Taipei vs Malaysia pula akan berlangsung pada 21 November 2023, hari Selasa ianya akan dimainkan di home of Chinese Taipei iaitu di Stadium Perbandaran Taipei, Bandar Taipei, Taiwan.

Pada ketika bermain di home, pihak JBSN dibawah KBS ada menyediakan tayangan Skrin Besar untuk orang ramai menonton perlawanan ini secara langsung dan secara percuma. Sebanyak 16 lokasi yang disediakan di seluruh Malaysia.

Kali ini bermain di away yang mana jauh sekali dari Malaysia. Secara amnya, untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, anda perlu keluarkan kos yang tinggi untuk tiket flight, penginapan, kos perjalanan, tiket stadium dan macam-macam lagi.

Oleh itu, bagi yang tidak berkemampuan dan tidak berkesempatan untuk hadir, kalau nak tengok perlawanan ini secara langsung, hanya berharap tayangan di Astro atau live streaming di Sooka sahaja. Tak mampu nak terbang ke Taiwan.

Seperti sebelum ini juga, ada alternatif yang percuma untuk semua penonton iaitu tayangan skrin besar. Tetapi kenapa lokasi terpilih untuk perlawanan away kali ini jadi lebih sikit iaitu hanya melibatkan 7 lokasi sahaja.

Main home yang mana boleh galakkan orang ramai ke stadium, pihak berwajib sediakan 16 lokasi skrin besar. Main away yang jauh dari Malaysia, mereka hanya sediakan 7 lokasi skrin besar sahaja. Macam tak logik plak.

Adakah sebelum ini sambutan ditempat-tempat yang tidak tersenarai tersebut tidak mendapat sambutan? Atau ada masalah teknikal yang terjadi ketika persediaan dilakukan? Atau ada alasan lain? Pelik juga sebenarnya.

Senarai 7 Lokasi Skrin Besar Tayangan Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia

Kalau lokasi ini berhampiran dengan anda, boleh la datang memeriahkan suasana dan dalam masa sama berikan sokongan jauh kepada pemain-pemain Harimau Malaya. Datang awal untuk dapatkan spot yang terbaik.

Lokasi : 7
Tarikh : 21 November 2023 (Selasa)
Masa : 7.00 Malam

  1. Putrajaya - Dataran Putrajaya, Presint 3
  2. Selangor - Uptown Puchong Night Bazaar
  3. Kuala Lumpur - Dataran Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak
  4. Kedah - Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  5. Pulau Pinang - Kompleks Medan Selera Pauh Jaya, Bukit Mertajam
  6. Kelantan - Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu
  7. Sarawak - Rumah Panjang Sungao Buluh, Sadong Jaya, Samarahan

Nampaknya kali ini, tiada di lokasi Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan.

*Kalau kawasan korang tiada dalam lokasi terpilih ni, datang je mana-mana mamak. Seluruh negara ada. Yang penting support Harimau Malaya.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai 7 Lokasi Tayangan Skrin Besar Siaran Langsung Chinese Taipei vs Malaysia Malam ini"