Telefilem Gadis Muka Surat Di TV2

Telefilem Gadis Muka Surat Di TV2

Saksikan telefilem Gadis Muka Surat yang akan menemui penonton pada 7 November 2023, bersiaran semula pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem asaknya ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan terbitan syarikat produksi Skyline Production, diarahkan oleh Abdul Hadi Yusof dengan nukilan skrip daripada Farah Izzati.

Sinopsis Telefilem Gadis Muka Surat

Telefilem Gadis Muka Surat menampilkan barisan pelakon seperti Dayang Areeda, Mustaqim Bahadon, Ebi Kornelis, Adin Hans, Shelvina Josh, Zuzela Mohamed, Clarice John Matha dan ramai lagi.

  • Dayang Areeda sebagai Aina Sofea
  • Mustaqim Bahadon sebagai Am

Ianya mengisahkan tentang Aina Sofea yang baru sahaja kematian suaminya, Talha. Dia yang masih bersedih dengan kehilangan itu dan sentiasa dibayangi dengan kehadiran Talha di rumahnya

Demi meluahkan rasa rindunya terhadap Talha, Aina mengirimkan surat kepada suaminya itu. Baginya dengan cara itu dia dapat melepaskan rasa rindu terhadap Talha yang masih menebal.

Pada awalnya, Aina tahu bahawa surat yang dikirimnya tidak akan mendapat balasan. Namun sebaliknya berlaku, setiap surat dikirimkan mendapat balasan beserta tandatangan Talha.

Disebabkan itu, Aina mula obses mengirimkan surat kepada Talha demi melepaskan rindunya. Dia percaya suratnya itu pasti akan berbalas seperti sebelum ini.

Kemunculan Am, seorang posmen pula sentiasa dinantikannya untuk mendapatkan surat dikirim suaminya. Aina juga seringkali meminta bantuan Am untuk mengirim surat balasan kepada Talha.

Hubungan keduanya mulai rapat kerana Am percaya sepenuhnya dengan kata-kata Aina bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Pada masa sama Am juga curiga dengan Aina dan mahu mencari kebenaran siapakah pengirim sebenar surat yang diberikan oleh Aina kepada Talha kerana mana mungkin orang yang telah meninggal dunia mampu membalas surat.

Apa yang berlaku seterusnya?. Bagaimanakah kesudahan kisah misteri Aina Sofea yang sering mengirim surat dan menerima surat dengan penuh tanda tanya ini?

Telefilem Gadis Muka Surat Di TV2

Telefilem Gadis Muka Surat Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Gadis Muka Surat Di TV2"