Telefilem Pondok Itu Rumahku Di TV9

Telefilem Pondok Itu Rumahku Di TV9

Saksikan telefilem Pondok Itu Rumahku yang akan menemui penonton pada 6 November 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan penulisan skrip dan idea asal masing-masing daripada Zyza Backy dan Firah Misu.

Sinopsis Telefilem Pondok Itu Rumahku

Telefilem Pontok Itu Rumahku menampilkan barisan pelakon seperti adik Danish Hazriq, Nasir Bilal Khan, Amyza Aznan, Ku Faridah dan Amirul Faqeem.

Selain itu, terdapat juga pelakon tambahan lain seperti Wilma Muhammad, Amir Azmi, Nina Iskandar, Farah Nadia, Jeff Hassan, Zaidi Rock, Tuan Faiz, Lok Mahamed dan ramai lagi.

  • Danish Hazriq sebagai Syukri (kecil)
  • Nasir Bilal Khan sebagai Sudin
  • Amyza Aznan sebagai Rahimah
  • Ku Faridah sebagai Nek Yam
  • Amirul Faqeem sebagai Syukri (dewasa)
  • Nina Iskandar sebagai Yanti
  • Wilma Muhammad sebagai Zaleha

Ianya mengisahkan tentang sebuah 7 sekeluarga yang miskin dan daif iaitu Pak Sudin dan isterinya Rahimah serta lima orang anak mereka Syukri, Safuan, Sarimah, Salwa dan anak bongsunya Saiful yang berumur 8 tahun.

Konflik bermula apabila Pak sudin menjual Syukri kepada sepasang suami isteri Suhaimi dan Zaleha yang tinggal di bandar kerana kesempitan hidup dan sikap Pak sudin yang gemar berjudi dan berhutang.

Di bandar, Syukri melarikan diri dan menjadi gelangangan sehinggalah dia berjumpa dengan Yanti dan nenek Yam. Syukri tinggal dengan mereka sambil membantu mereka menjual bakul homemade.

Bila duit simpanan dah mencukupi, Syukri pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya semula. Tetapi ibunya telah meninggal dunia. Syukri kembali tinggal dengan nenek Yam dan Yanti.

Sesekali Syukri balik kampung, tapi melihat rumahnya dari jauh. Bila dah dewasa, dapat kerja bagus, Yanti dan nenek Yam menasihati Syukri supaya balik kampung berjumpa dengan ayah dan adik-beradiknya.

Walaupun berat hati, akhirnya Syukri balik kampung. Tak sangka ayahnya sakit. Ayahnya turut meminta maaf ke atas segala perbuatannya terhadap Syukri dan adik-adiknya.

Telefilem Pondok Itu Rumahku Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Pondok Itu Rumahku Di TV9"