Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Di TV9

Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Di TV9

Saksikan telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta yang akan menemui penonton semula pada 27 November 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang asalnya ditayangkan pada tahun 2015 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan bersama oleh Joeza Rasidi dan Kyoll Hamzah dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

Sinopsis Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta

Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Syafie Naswip, Mia Ahmad, Ika Nabella, Ammar Alfian, Farhana Marin dan ramai lagi

  • Fahrin Ahmad sebagai Zamsyah
  • Rita Rudaini sebagai Maria
  • Syafie Naswip sebagai Fakhrul
  • Mia Ahmad sebagai Sumaiyah
  • Ika Nabella sebagai Nadia
  • Ammar Alfian sebagai Rafiq
  • Farhana Marin sebagai Mawar

Mengisahkan seorang tukang kunci, Zamsyah yang ditinggalkan isterinya bersama seorang anak kecil kerana kecacatan kekal di kaki akibat kemalangan.

Zamsyah juga kabur pandangan matanya akibat terkena serpihan besi kunci atas rutin kerja hariannya. Selang bertahun, kedatangan bekas isterinya, Maria, di kedai kunci miliknya telah mendatangkan amarah kerana Zamsyah merasakan dirinya dipermainkan dan ditipu.

Walaupun si tukang kunci telah membuat ribuan kunci namun dia tidak boleh membuka kunci hatinya untuk memaafkan bekas isterinya.

Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Di TV9

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Telefilem Sebentuk Kunci Sedetik Cinta Di TV9"