AFC Cup 2023 Sabah vs PSM Makassar Live

AFC Cup 2023 Sabah vs PSM Makassar Live

Perlawanan penutup untuk kumpulan H dalam saingan AFC Cup 2023 bakal mempertemukan Sabah vs PSM Makassar. Ianya akan berlangsung pada 14 Disember 2023, hari Khamis, jam 8.00 malam

Jika pada Oktober yang lepas, Stadium Bali menjadi tempat pertarungan untuk pusingan pertama. Kini giliran Sabah pula menjadi tuan rumah dan perlawanan akan diadakan di Stadium Likas.

Sabah sepertinya tidak gusar apa-apa tentang perlawanan ini. Manakan tidak, menjadi satu-satunya wakil negara yang masih meneruskan cabaran untuk peringkat Asia ini.

Terengganu tidak berjaya ke peringkat seterusnya apabila mengakhiri saingan di tempat kedua. Manakala JDT dalam saingan ACL juga terkandas di peringkat kumpulan apabila berada di tempat ketiga.

Sabah akan meneruskan cabaran selepas ini apabila secara sahnya menjadi juara kumpulan dengan 12 mata meskipun ada satu lagi perlawanan yang masih tinggal.

Jika dilihat daripada keputusan sebelumnya juga, PSM Makassar bukanlah lawan yang sukar. Sabah berjaya menumpaskan mereka 5 gol tanpa balas sebelum ini.

Jadi mungkin Datuk Ong Kim Swee ada percaturannya sendiri untuk merehatkan pemain-pemain utama bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Siaran Langsung Sabah vs PSM Makassar

Untuk yang ingin menyaksikan perlawanan peringkat Asia ini di stadium, anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk dengan layari laman web www.tickethotline.com.my.

Tapi untuk yang tidak berkesempatan datang ke stadium, boleh tonton di rumah. Perlawanan ini akan ditayangakn secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan online Astro Go.

Sabah vs PSM Makassar Live Streaming

Untuk yang tidak mempunyai akses Astro, boleh tonton secara live streaming di aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Jadual & Keputusan

Jadi jangan lupa saksikan Sabah vs PSM Makassar dalam saingan peringkat kumpulan AFC Cup 2023 pada 14 Disember ini bertempat di Stadium Likas

FT : Sabah (1) - (3) PSM Makassar

  • Yakob Sayuri 15'
  • Dominic Tan 36' (OG)
  • Telmo Castanheira 73'
  • Everton 90+5'

Masa : 8.00 Malam
Venue : Stadium Likas
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Keputusan perlawanan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut dengan keputusan bilangan jaringan dan senarai penjaring gol.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "AFC Cup 2023 Sabah vs PSM Makassar Live"