Pertunjukkan Bunga Api Ketika JDT vs Penang Live Pada Sabtu Ini

Pertunjukkan Bunga Api Ketika Siaran Langsung JDT vs Penang Pada Sabtu Ini

Perlawanan penutup Liga Super 2023 antara JDT vs Penang yang bakal berlangsung pada 16 Disember ini pastinya akan diingati sampai bila-bila.

Ianya dijadualkan akan bersiaran langsung pada hari Sabtu ini dengan waktu sepak mula pada pukul 5.30 petang bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Kenapa ianya akan diingati?

Pada waktu inilah, secara rasminya Johor Darul Ta'zim akan mengangkat trofi selaku juara Liga Super 2023 yang juga merupakan kemenangan 10 tahun berturut-turut.

JDT mendominasi saingan liga sejak tahun 2013. Bermula dari tahun itu sehingga sekarang, tiada pasukan yang berjaya merampas kejuaraan tersebut.

Bukan itu sahaja, tahun ini juga menjadi kejayaan yang berlipat ganda apabila memenangi 'double invincible quadraple' apabila dua tahun bertuturut-turut berjaya bolot semua trofi.

Selain daripada kejuaraan Liga Super, tahun ini juga JDT menang Piala Sumbangsih, menang Piala FA dan terbaru sebelum ini menang Piala Malaysia.

Kejuaraan kali ke-10 dalam saingan liga ini membuktikan JDT mendominasi sedekad dengan tidak memberikan peluang kepada mana-mana pasukan lain.

Sejarah Pertemuan JDT vs Penang

Tapi sebenarnya takhta invincible tersebut haruslah direalisasikan pada perlawanan terakhir ini menentang Penang FC. Jika menang atau seri, boleh dapat takhta invincble dan jika tewas, tiada gelaran tersebut.

Meskipun begitu, setakat pertemuan dua kali pertemu Penang untuk musim ini, kedua-duanya JDT menang tanpa bolos. Kali pertama menang 5-0 dan kali kedua menang 2-0.

Sepertinya tiada masalah untuk JDT meneruskan rentak kemenangan ini jika dilihat daripada prestasi semasa JDT dan juga Penang FC.

Tiket Sudah Sold Out

Perlawanan akhir, pertunjukkan bunga api, majlis keraian yang mana sudah pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat dan penyokong pasukan JDT.

Disebabkan itulah, tiket masuk stadium kini sudah sold out. Jika anda lihat di www.tickethotline.com.my tiada lagi penjualan tiket untuk penyokong JDT.

Pertunjukkan Bunga Api Ketika Siaran Langsung JDT vs Penang Pada Sabtu Ini

Siaran Langsung Di TV

Jadi untuk yang tidak berkesempatan datang ke stadium, anda masih boleh layan bunga api dan perlawanan ini yang turut dibawakan ke kaca tv.

Game ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM yang mana orang ramai boleh menyaksikannya.

Selain itu, anda juga boleh layan perlawanan ini secara live streaming iaitu sama ada menggunakan aplikasi Sooka atau laman web rtmklik.rtm.gov.my secara percuma.

Jadual Perlawanan

Apa-apapun jangan lupa untuk saksikan perlawanan terakhir Liga Super 2023 antara JDT vs Penang pada 16 Disember ini bertempat di Stadium Sultan Ibrahim

FT : JDT (8) - (0) Penang

  • Arif Aiman 5', 47', 52', 90+6'
  • Bergson da Silva 17', 33'
  • Akhyar Rashid 41'
  • Heberty 43'

Masa : 5.30 Petang
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
TV : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Sooka & RTM Klik

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Pertunjukkan Bunga Api Ketika JDT vs Penang Live Pada Sabtu Ini"