Cara Claim & Tebus Kredit RM100 eMADANI ShopeePay

Cara Claim & Tebus Kredit RM100 eMADANI ShopeePay

Bagi yang sudah biasa dengan laman e-dagang Shopee pastinya pernah dengar tentang ShopeePay yang menjadi eWallet untuk laman tersebut.

Berita baik untuk anda peminat Shopee terutamanya, dimana platform telah dipilih untuk menjadi salah satu eWallet yang boleh menerima kredit e-tunai eMADANI bernilai RM100 iaitu menggunakan ShopeePay.

Secara amnya, warganegara berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan tahunan RM100,000 dan kebawah layak untuk menerima insentif ini.

💡Isi Kandungan

  1. Tujuan eMADANI
  2. Jumlah Yang Diperoleh
  3. Cara Tebus Kredit
  4. Tarikh Penebusan
  5. Cara Claim Guna ShopeePay
  6. Ganjaran Daripada ShopeePay
  7. Tempat Berbelanja
  8. Tempat Tidak Boleh Berbelanja

Tujuan Program eMADANI?

Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaa transaksi tanpa-tunai (cashless) disamping meringankan beban kewangan rakyat.

Selain itu, ianya juga untuk menggalakkan ekonomi digital. Jadi kredit eMADANI ini hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal sahaja. Tidak boleh untuk pembelian secara online.

Berapa Nilai Yang Diperoleh Daripada Program eMADANI?

Menerusi program eMADANI, setiap individu yang layak, anda akan peroleh kredit e-tunai sebanyak RM100 disamping inisiatif tambahan dalam bentuk baucer, cashback, diskaun, rewards dan coins.

Inisiatif tersebut adalam berbeza mengikut penyediaan eWallet yang terlibat dalam program ini.

Cara Tuntut Kredit eMADANI

Untuk anda tuntut dan tebus eMADANI RM100 ini, anda perlulah menggunakan salah satu e-dompet atau eWallet yang terpilih sahaja. Ada 4 pilihan iaitu :

  • MAE by Maybank
  • Setel
  • ShopeePay
  • Touch n Go eWallet

Tarikh Pendaftaran Dan Penebusan

Permohonan kredit eMADANI ini boleh dibuat sekali sahaja iaitu bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Manakala, ianya perlu dibelanjakan selewa-lewatnya adalah pada 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir, baki kredit yang tidak digunakan akan luput.

Selepas buat permohonan, proses tuntutan akan mengambil masa 24 jam atau sehingga 5 hari. Kemudian anda akan menerima RM100 secara 'one-off' ke dalam eWallet pilihan anda tersebut.

Cara Tebus RM100 Guna ShopeePay

Ikuti langkah dibawah bagi cara untuk mohon dan claim kredit RM100 menggunakan Shopeepay:

  1. Buka aplikasi Shopee dan klik sini
  2. Klik pada ikon eMADANI - Get FREE RM600
  3. Klik pada Claim Now
  4. Akhir sekali klik Claim Now sekali lagi
  5. Penuhkan segala informasi yang diperlukan dan klik Submit untuk hantar permohonan
  6. Tunggu notifikasi yang akan dihantar bagi status permohoanan anda tersebut
  7. Biasanya ambil masa 24 jam

Cara Tebus RM100 Guna ShopeePay

Ganjaran Yang Diperoleh Guna ShopeePay

  • Kredit e-tunai eMADANI - M100
  • Shopee Vouchers - RM365
  • SPayLater Vouchers - RM50
  • ShopeeFood Vouchers - RM155
  • Car Insurance Vouchers - RM30
  • Total - RM600

Tempat Untuk Berbelanja Kredit eMADANI

Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI anda untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta perniagaan melalui ShopeePay anda tersebut seperti 7-eleven, AEON, KK Mart, Daiso, Shell, Mydin, Padini, Sports Direct, Tealive, Family Mart dan banyak lagi.

Tidak boleh berbelanja di dalam Shopee sendiri

Tempat Untuk Berbelanja Kredit eMADANI

dan banyak lagi...

Tempat Yang Tak Boleh Guna Untuk Kredi RM100

Anda boleh guna di semua kedai fizikal kecuali:

  1. Pemindahan 'peer-to-peer';
  2. Penebusan tunai
  3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi eWallet
  4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
  5. Bil postpaid dan prepaid telefon yang berintegrasi dengan aplikasi eWallet
  6. Pembelian permainan ('games') terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
  7. Bayaran tempat letak kereta atau tol
  8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet
  9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian (online)

Untuk info lanjut berkaitan eMADANI bersama ShopeePay, anda boleh rujuk laman rasmi Shopee di ShopeePay eMADANI atau Manfaat eMADANI.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Claim & Tebus Kredit RM100 eMADANI ShopeePay"