Cara Tonton JDT vs Terengganu Live Final Piala Malaysia 2023 Secara Percuma

Cara Tonton Siaran Langsung JDT vs Terengganu Final Piala Malaysia 2023 Secara Percuma

Untuk peminat bola sepak terutamanya bagi pasukan yang terlibat, sebenarnya ada beberapa cara untuk anda saksikan dan tonton perlawanan antara JDT vs Terengganu secara langsung bagi aksi Final Piala Malaysia 2023.

Seperti yang dijadualkan, perlawanan ini akan berlangsung pada 8 Disember 2023, iaitu hari Jumaat, pukul 9.00 malam untuk waktu sepak mula bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang merupakan stadium neutral untuk kedua-dua pasukan.

💡Isi Kandungan

  1. Tonton Di Stadium
  2. Siaran Langsung Di Astro
  3. Tontonan Percuma Di RTM
  4. Live Streaming Di Aplikasi
  5. Tayangan Skrin Besar

Selepas hampir empat bulan kejohanan Piala Malaysia 2023 berlangsung, kini sudah tiba kepada penghujung untuk pusingan akhir. Pasukan manakah yang bakal bergelar juara dan mengangkat trofi prestij untuk kali ini.

Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan penyandang juara untuk edisi 2022 sebelum ini. Mereka juga telah memenangi kejohanan ini sebanyak tiga kali iaitu pada 2017, 2019 dan 2021. Manakala Terengganu hanya pernah memenanginya sekali sahaja iaitu pada 2001.

Aksi Final Mungkin Hambar?

Mungkin anda sudah dapat lihat isu terkini berkaitan aksi bola sepak yang bakal berlangsung pada Jumaat ini di Stadium Nasional Bukit Jalil bila mana padang tersebut sepertinya belum siap sepenuhnya dan mungkin sukar untuk pemain beraksi.

Sepertinya keadaan padang masih belum pulih sepenuhnya. Dengan sebab itu, pemain-pemain berisiko untuk mengalami kecederaan dengan melibatkan kedua-dua pasukan disebabkan padang tidak rata dan sempurna.

Apakah solusi yang dicapai pada akhirnya? Adakah masih akan diteruskan perlawanan untuk aksi final Piala Malaysia pada jumaat ini? Jika ya, bagaimana untuk memastika keselamatan untuk pemain-pemain yang beraksi?

Harapan Untuk Semua Rakyat Malaysia

Setakat ini tiada lagi pengumuman yang dibuat untuk membatalkan perlawanan atau tukar venue ke tempat yang lain. Bagi penonton yang hadir pada hari esok dari Terengganu dan Johor pastinya tertanya-tanya tentang isu ini.

Pastinya mereka mengharapkan yang terbaik. Tiket sudah dapat. Perjalanan tetap perlu diteruskan bagi memberikan sokongan dan sorakan kepada pasukan-pasukan kesayangan mereka sehinga berjaya mencapai kemenangan.

5 Cara Tonton Siaran Langsung JDT vs Terengganu

Untuk yang berada di rumah pula, tidak perlu khuatir kerana mana-mana venue pun sekiranya ada pertukaran, anda masih boleh saksikan aksi final Piala Malaysia 2023 antara JDT vs Terengganu live secara langsung di kaca tv.

Berikut merupakan antara saluran yang anda boleh saksikan perlawanan ini nanti di rumah secara langsung atau menggunakan aplikasi mobile untuk menonton secara live streaming di telefon pintar atau di komputer.

Perlawanan JDT vs Terengganu live tv berapa?

1)  Tonton Di Stadium

Pilihan utama pastinya adalah menonton terus di depan mata anda dengan menyaksikan secara live di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Sekali gus dapat merasakan aura perlawanan final dan dapat memberikan sokongan terus ke para pemain.

Tiket juga sudah mula dijual dimana anda boleh beli secara online sahaja di www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM50, RM70, RM150 dan RM200. Semua tiket adalah tempat duduk bernombor.

Bagi yang hadir pada malam tersebut sangat-sangat digalakkan untuk menggunakan pengangkutan LRT bagi mengelakkan kesesakan. Seperti yang diumumkan, pada hari perlawanan, operasi dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi. 

2)  Siaran Langsung Di Astro

Untuk yang tidak berkesempaan menyaksikan di stadium, anda boleh duduk rumah dan menonton secara langsung di kaca tv iaitu di saluran Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803. Boleh tonton bersama keluarga.

Untuk buat pertama kali dalam aksi Liga Malaysia, Astro akan bawakan perlawanan ini dengan kualiti 4K UHD iaitu di saluran Astro Supersport 806. Jadi anda boleh rasai pengalaman menonton dengan kualiti yang lebih baik.

3)  Siaran Langsung Di RTM Secara Percuma

Bagi yang tiada saluran berbayar Astro, jangan risau! Anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv secara percuma sahaja dimana ianya turut disiarkan di saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Jadi semua orang boleh menonton perlawanan final Piala Malaysia 2023

4)  Live Streaming Menggunakan RTM Klik & Sooka

Manakala untuk yang tiada tv di rumah atau dalam perjalanan ke suatu destinasi, anda juga boleh tonton perlawanan ini iaitu secara live streaming dengan menggunakan platform RTM Klik di rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi Sooka. Juga secara percum sahaja.

5)  Skrin Besar Di Terengganu

Alternatif lain tetapi hanya untuk rakyat Terengganu sahaja iaitu menonton di skrin besar LED seperti yang disediakan oleh pihak Raia Hotel & Convention Centre Terengganu. Kawasan tertutup yang mampu memuatkan kehadiran lebih 1000 orang penyokong.

Pendaftaran hanya serendah RM25 seorang dengan pemilihan 2 menu berbeza. Selain itu turut disediakan booth jualan rasmi Terengganu FC dan pastinya orang Terengganu boleh datang ke sini untuk menyaksikan JDT vs Terengganu final nanti.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post