Cara Tonton Siaran Langsung [LIVE] Final All Stars Gegar Vaganza 2023 (GV10)

Cara Tonton Siaran Langsung [LIVE] Final All Stars Gegar Vaganza 2023 (GV10)

Pasti ramai yang tidak sabar dan excited untuk nantikan serta saksikan konsert akhir/final All Stars Gegar Vaganza 2023 atau GV10. Dengan barisan finalist yang hebat serta lagu tugasan yang sangat menarik untuk disaksikan nanti.

Buat julung kalinya, pentas akhir Gegar Vaganza akan menampilkan tiga pusingan yang melibatkan 8 bintang yang berjaya ke final. Ini bermakna, setiap peserta akan mendendangkan tiga buah lagu dalam satu malam yang gilang-gemilang ini.

💡Table of contents

Bintang yang bakal dinobatkan sebagai juara All Star Gegar Vaganza kali ini akan mengharungi tiga pusingan; solo, duet dan battle. Tomok, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Hady Mirza, Naqiu, Azharina merupakan bintang yang akan bersaing dalam pusingan akhir kali ini.

Rata-rata tidak sabar apakah persembahan yang bakal disajikan pada malam tersebut. Yang ditunggu-tunggu pastinya segmen pasangan duet dimana menampilkan barisan artis yang ternama. Ada Ainal Abdul, Dayang Nurfaizah, Dato' Jamal Abdillah, Cakra Khan dan ramai lagi.

Cara Tonton Live Final All Stars Gegar Vaganza 2023

Konsert akhir Final All Stars Gegar Vaganza 2023 akan bersiaran pada 10 Disember 2023 iaitu pada Ahad ini dan beberapa cara dan saluran untuk anda saksikan program ini secara langsung termasuk tontonan secara live streaming.

1)  Tonton Di Axiata Arena

Buat julung kalinya, minggu akhir Gegar Vaganza akan diadakan di sebuah venue yang sangat besar dan mampu memuatkan kehadiran penonton lebih 15,000 penonton dalam satu-satu masa iaitu di Axiata Arena Bukit Jalil.

Orang ramai boleh hadir beramai-ramai untuk menonton sekali gus menyokong bintang kesayangan mereka yang beraksi dengan dapatkan tiket yang dijual secara online di laman web www.ticket2u.com.my dengan harga bermula RM88 sehingga RM688.

2)  Siaran Langsung Di Astro

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, jangan risau. Final All Stars Gegar Vaganza seperti biasa turut ditayangkan di kaca tv untuk tontonan di rumah seperti biasa menerusi saluran Astro Ria 104 atau secara online di Astro Go.

Siaran Langsung Di Astro Ria 104

Manakala untuk pengguna NJOI, boleh sewa Astro Ria dengan harga RM9.00 untuk tempoh 3 hari. Jadi boleh sewa sekarang dan dapatkan akses terus bagi menyaksikan konsert akhir ini secara langsung di kaca tv.

3)  Live Streaming Platform Sooka

Manakala bagi yang tidak mempunyai akses Astro, anda masih boleh saksikan final All Stars Gegar Vaganza dengan menonton secara live streaming yang dibawakan secara langsung menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Anda hanya perlu langgan pas 24-jam untuk dapatkan akses saluran hiburan termasuk juga konsert final ini. Harga ditawarkan serendah RM12.90 sahaja untuk tempoh 24 jam. Jadi selain daripada GV, boleh juga tonton kandungan-kandungan lain dalam tempoh tersebut. Terbuka kepada semua dan tanpa kontrak.

Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2 | Link 2

Live Streaming Platform Sooka

Bintang mana yang bakal bergelar juara All Stars Gegar Vaganza dan bakal membawa pulang hadiah utama RM200,000 nanti?

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Tonton Siaran Langsung [LIVE] Final All Stars Gegar Vaganza 2023 (GV10)"