Dividen ASB 2023 Adalah 5.25 sen, Lebih Tinggi Dari Tahun Lepas
Yang ditunggu-tunggu kini telah tiba. Setiap tahun pastinya ramai yang ingin ketahui berapakah pengagihan pendapatan atau biasa kita panggil dividen yang diberi untuk unit Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Seperti yang diumumkan oleh ASNB pada 21 Disember 2023, pengagihan pendapatan atau dividen ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 adalah 5.25 sen secara keseluruhan (meliputi 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit).
Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan adalah sebanyak RM9.3 bilion in akan memanfaatkan untuk 10.8 juta pemegang unit ASB termasuk aku sekali.
Jadi tahun 2023 ini, jika buat perbandingan pastinya lebih banyak dividen yang diperoleh berbanding pada tahun 2022 yang lalu dimana ketika itu 4.6 sen bersama bonus tambahan 0.5 sen (terhad untuk 30,000 unit pertama sahaja).
Pada tahun ini 2023, dividen yang diberi tiada bonus tambahan atau terhad kepada jumlah unit. Jadi 5.25 sen tersebut adalah secara keseluruhan. Kalau anda ada RM100,000 sejak Januari, anda akan dapat pulangan RM5250.
Perbandingan Dividen ASB
Untuk perbandingan dividen ASB bagi 5 tahun sudah (2019-2023)
Post a Comment for "Dividen ASB 2023 Adalah 5.25 sen, Lebih Tinggi Dari Tahun Lepas"
Post a Comment