Drama Hati Tercarik Luka Di TV3

Drama Hati Tercarik Luka

Saksikan drama terbaru Hati Tercarik Luka yang akan menemui penonton mulai 20 Disember 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Drama yang bakal bersiaran bagi menggantikan Surat Dari Tuhan ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Hari Tercarik Luka' karya Aida Asmida.

Naskah 15 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Creative Skill Solution Sdn. Bhd., diarahkan oleh Emi Suffian dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Barisan Pelakon & Watak

Drama Hati Tercari Luka menampilkan barisan pelakon seperti Zara Zya, Syarul Ezani, Ryun, Fizo Omar, Mia Nasir, Jasmid Hamid, Aleza Shadan, Haeriyanto Hassan, Halim Radzi dan ramai lagi.

  • Zara Zya sebagai Eyda Amanda
  • Syarul Ezani sebagai Dani Zairie
  • Ryun sebagai Maya Maria
  • Fizo Omar sebagai Rykal
  • Mia Nasir sebagai Anies
  • Jasmid Hamid sebagai Puan Safina
  • Aleza Shadan sebagai Hajah Ummi

Sinopsis Drama Hati Tercarik Luka

Drama Hari Tercarik Luka mengisahkan tentang pelbagai dugaan dan cabaran yang ditempuhi oleh Eyda Amanda bagi mengharapkan kebahagiaan disisi Dani Zairie akan kekal abadi hingga akhir haat.

Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.

Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya.

Sehingga akhirnya, Eyda Amanda terpaksa mempertaruhkan nyawa hidup di sisi Dani Zairie. Lantaran amalan ilmu hitam, perempuan sihir yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie separuh nyawa.

Pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia. Percintaan yang tiada penghujungnya. Lantaran perbuatan durjana syaitan bertopengkan manusia. Permainan cinta dan kecurangan Dani Zairie akhirnya mencetuskan derita dan sengsara buat Eyda Amanda. 

Di mana noktah kehidupan yang harus Eyda Amanda tempuhi? Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka?

Drama Hati Tercarik Luka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Hati Tercarik Luka Di TV3"