Drama Syurga Itu Bukan Mudah - Sinopsis Dan Tayangan Astro Ria

Drama Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

Drama terbaru Syurga Itu Bukan Mudah akan menghiasi slot Megadrama bermula 4 Disember 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Drama bersiri 20 episod ini bakal menggandingkan dua pelakon yang kini sedang meningkat naik dan sudah mendapat tempat di hanti penonton menerusi naskah-naskah mereka tersendiri iaitu Amir Ahnaf Dan Anna Jobling sebagai teraju utama.

Naskah yang membawa genre 'dark love' ini merupakan arahan Eyra Rahman, penulisan skrip bersama daripada Liza Nur dan Chinta Nadeesha dan diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.

Drama Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

OST Drama

Tajuk Lagu : Boneka Tanpa Hati
Penyanyi : Nadeera
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, A. Shah & Aden King
Penulis Lirik : Mas Dewangga

Sinopsis Drama Syurga Itu Bukan Mudah

Drama bersiri Syurga Itu Bukan Mudah menampilkan barisan pelakon seperti Amir Ahnaf, Anna Jobling, Fadhli Masoot, Alya Iman, Dynas Mokhtar, Dian P. Ramlee, Amir Nafis, Bulan Terry, Steve Yap, Maliababy, Ahmad Syafiq dan ramai lagi.

  • Amir Ahnaf sebagai Farid
  • Anna Jobling sebagai Aileen
  • Fadhli Masoot sebagai Arman
  • Alya Iman sebagai Fara
  • Dynas Mokhtar sebagai Umira
  • Dian P. Ramlee sebagai Aminah
  • Amir Nafis sebagai Zayn

Ianya mengisahkan tentang Aileen iaitu seorang wanita yang mempercayai bahawa cinta dan kesetiaan kepada suami merupakan kunci ke "Syurga".

Dia disatukan dengan Farid, yang digambarkan sebagai suami yang sempurna dari segi agama dan tanggungjawab keduniaan telah mula menampakkan identitinya yang disembunyikan  disebalik perwatakan yang baik. 

Tingkah laku jahat Farid mengubah kehidupan perkahwinan mereka menjadi seperti "neraka" dan mendatangkan lebih banyak rintangan dan cabaran kepadanya selepas merungkai sisi gelap suaminya yang terlibat dengan sebuah kumpulan yang dipanggil 'Alpha Male Society'.

Secara amnya, ianya mengetengahkan realiti perkahwinan yang musnah akibat hubungan toksik daripada pasangan suami dan isteri dengan melibatkan jalan cerita yang menggambarkan kehidupan dua dunia berbeza di bawah satu bumbung yang sama.

Drama Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post