Drama Hikayat Pak Belalang Di Astro Ceria

Hikayat Pak Belalang Di Astro Ceria

Pasti ramai yang pernah dengar tentang cerita rakyat Pak Belalang yang dilantik menjadi Ahli Nujum Negara disebabkan kepintaran beliau 'auta' dengan memperdayakan orang lain, tetapi akhirnya berjaya menyelamatkan ramai orang.

Dengan kisah inilah, Astro bawakan sebuah 'Hikayat Pak Belalang' yang akan menemui penonton mulai 11 Disember 2023, pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi saluran kanak-kanak Astro Ceria 611 dan secara online di Astro Go.

Drama pendek 4 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., dan diarahkan oleh Razif Ajiboy.

Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam Hikayat Pak Belalang seperti Bell Ngasri, adik Haziq Asyraf, Dato' Jalaluddin Hassan, Amy Mastura, Ruhainies, Mikael Noah, Usop Wilcha, Fadhli Masoot, Jabir Meftah, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.

  • Bell Ngasri sebagai Pak Belalang
  • Haziq Asyraf sebagai Belalang
  • Ruhainies sebagai Tuan Puteri
  • Jabir Meftah sebagai Jantan
  • Sherry Ibrahim sebagai Mak Belalang

Sinopsis Drama Hikayat Pak Belalang

Hikayat Pak Belalang mengisahkan tentang Pak Belalang dan anaknya yang cerdik pandai. Pak Belalang berpakat untuk menawarkan dirinya sebagai ahli nujum negara.

Dengan itu, Pak Belalang mampu untuk membantu rakan dan orang kampung yang membawanya ke istana diraja untuk membantu menyelesaikan rompakan, tetapi keadaan bertukar menjadi rumit apabila pembohongan mereka mula terbongkar.

Hikayat Pak Belalang Di Astro Ceria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Hikayat Pak Belalang Di Astro Ceria"