Jadual & Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 (Malaysia) & Kedudukan Terkini

Jadual & Keputusan Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 (Malaysia)

Acara atau kejohanan tertinggi sukan hoki lelaki bagi kategori remaja bawah 21-tahun adalah Piala Dunia Hoki Remaja atau FIH Junior World Cup dan kini sudah memasuki edisi ke-13 untuk tahun 2023.

Piala Dunia Hoki Remaja 2023 akan berlangsung dari 5 hingga 16 Disember 2023 dan menjadikan ianya lebih menarik, Kuala Lumpur, Malaysia akan menjadi tuan rumah sepanjang kejohanan.

Ianya merupakan sebuah kejohanan empat-tahun sekali anjuran International Hockey Federation (FIH) yang diadakan sejak tahun 1979. Tapi sejak 2021, ianya diadakan secara dwi-tahunan.

💡Table Of Contents

  1. Pasukan Yang Bertanding
  2. Format Pertandingan
  3. Senarai Pemain Malaysia
  4. Tiket Masuk Stadium
  5. Siaran Langsung Piala Dunia Hoki Remaja 2023
  6. Jadual & Keputusan Terkini
  7. Kedudukan Peringkat Kumpulan

Argentina merupakan penyandang juara bagi edisi ke-12 pada tahun 2021 dimana ketika itu, mereka berjaya menumpaskan Jerman dengan jaringan 4-2.

Untuk rekod, pencapaian terbaik pasukan young tigers adalah pada kedudukan empat terbaik daripada 16 pasukan yang layak dan mengambil bahagian iaitu pada 1979, 1982 dan 2013.

Pasukan Yang Bertanding & Undian Peringkat Kumpulan

Piala Dunia Hoki Remaja 2023 kali ini bakal menampilkan 16 pasukan daripada 5 benua termasuk Malaysia yang telah layak sebagai tuan rumah. Kesemua pasukan dibahagikan dalam 4 kumpulan yang terdiri dengan 4 pasukan.

  • Pool A - Argentina, Australia, Malaysia (H), Chile
  • Pool B - Mesir, Perancis, Jerman, Afrika Selatan
  • Pool C - Kanada, India, Korea Selatan, Sepanyol
  • Pool D - Belgium, Belanda, New Zealand, Pakistan

Format Pertandingan

Perlawanan akan bermula daripada peringkat kumpulan yang dimainkan secara round-robin satu pusingan. Juara dan Naib Juara akan berjaya mara ke pusingan suku akhir.

Manakala pasukan dikedudukan ketiga dan keempat dalam kumpulan, akan meneruskan cabaran bagi peringkat klasifikasi tempat kesembilan hingga keenam belas.

Senarai Pemain Malaysia

Seramai 20 pemain terbaik negara yang telah dipilih untuk menggalas cabaran di Piala Dunia Remaja Hoki 2023 dibawah pengendali Ketua Jurulatih pasukan hoki remaja kebangsaan, Muhamad Amir Rahim.

Senarai Pemain Malaysia Piala Dunia Hoki Remaja 2023

Tiket Masuk Stadium

Sepanjang kejohanan ini berlangsung, ianya akan dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 5 sehingga 16 Disember ini.

Bagi menggalakkan lebih ramai peminat untuk datang bagi menyaksikan perlawanan di stadium, pihak penganjur telah menetapkan kemasukan adalah secara percuma.

Jadi anda boleh datang beramai-ramai ke stadium dan pastinya hadir sebagai rakyat Malaysia dengan memberikan sokongan dan sorakan kepada pasukan negara yang bersaing.

Ini Piala Dunia kot!

Siaran Langsung Piala Dunia Hoki Remaja 2023

Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, jangan risau. Anda masih boleh tonton perlawanan ini di rumah sahaja kerana ianya turun dibawakan secara langsung ke kaca tv menerusi saluran RTM di Sukan RTM (saluran MYTV 111).

Sebagai alternatif, sekiranya anda pengguna Astro yang tidak mempunyai saluran Sukan RTM atau anda yang tidak ada tv, anda boleh tonton secara live streaming di platform RTM Klik sama ada di laman web atau aplikasi mobile secara percuma.

Selain itu juga, anda boleh strim mana-mana perlawanan yang berlangsung menerusi laman web rasmi FIH di watch.hockey. Mungkin perlukan sambungan VPN khusus untuk penonton di Malaysia

Jadual & Keputusan Terkini

Jadi jangan terlepas untuk saksikan wakil negara beraksi dalam kejohanan tertinggi Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 bermula dari 5 hingga 16 Disember 2023 bertempat di Kuala Lumpur.

Akan disenaraikan jadual perlawanan penuh termasuk melibatkan pasukan Malaysia dan keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

[PERINGKAT KUMPULAN]

5 Disember 2023 (Selasa)

FT : Perancis (3) - (1) Mesir - 9.00 am
FT : Jerman (5) - (3) Afrika Selatan - 11.00 am
FT : Sepanyol (7) - (0) Kanada - 2.00 pm
FT : Argentina (1) - (0) Australia - 4.00 pm
FT : India (4) - (2) Korea - 6.00 pm
FT : Malaysia (7) - (1) Chile - 8.00 pm | Sukan RTM

6 Disember 2023 (Rabu)

FT : Belanda (3) - (3) Pakistan - 9.00 am
FT : Belgium (4) - (0) New Zealand - 11.00 am
FT : Afrika Selatan (3) - (2) Mesir - 2.00 pm
FT : Perancis (2) - (0) Jerman - 4.00 pm
FT : Australia (7) - (1) Chile - 6.00 pm
FT : Malaysia (0) - (4) Argentina - 8.00 pm | Sukan RTM

7 Disember 2023 (Khamis)

FT : Korea (4) - (1) Kanada - 9.00 am
FT : Pakistan (4) - (0) New Zealand - 11.00 am
FT : Belgium (3) - (5) Belanda - 6.00 pm
FT : Sepanyol (4) - (1) India - 8.00 pm

8 Disember 2023 (Jumaat)

FT : Afrika Selatan (4) - (5) Perancis - 8.00 am
FT : Jerman (10) - (0) Mesir - 10.00 am
FT : Argentina (8) - (0) Chile - 12.00 pm
FT : Australia (5) - (2) Malaysia - 2.00 pm | Sukan RTM

9 Disember 2023 (Sabtu)

FT : Korea (2) - (0) Sepanyol - 9.00 am
FT : Belanda (3) - (1) New Zealand - 11.00 am
FT : India (10) - (1) Kanada - 6.00 pm
FT : Pakistan (1) - (1) Belgium - 8.00 pm

[PERINGKAT KLASIFIKASI 1]

11 Disember 2023 (Isnin)

Penentuan Tempat Ke-9 - Ke-16
FT : Malaysia (4) - (1) Mesir - 9.00 am | Sukan RTM
FT : Belgium (12) - (0) Kanada - 11.15 am
FT : Afrika Selatan (5) - (1) Chile - 3.45 pm
FT : Korea (2) - (3) New Zealand - 6.00 pm

[SUKU AKHIR]

12 Disember 2023 (Selasa)

FT : Argentina (1) - (2) Jerman - 9.00 am
FT : Belanda (3) - (4) India - 11.15 am
FT : Perancis (3) - (2) Australia - 3.45 pm
FT : Sepanyol (4) - (2) Pakistan - 6.00 pm

[PERINGKAT KLASIFIKASI 2]

13 Disember 2023 (Rabu)

Penentuan Tempat Ke-13 - Ke-16
Mesir vs Kanada - 9.00 am
Chila vs Korea - 11.15 am

Penentuan Tempat Ke-9 - Ke-12
Malaysia vs Belgium - 3.00 pm
Afrika Selatan vs New Zealand - 5.15 pm

14 Disember 2023 (Khamis)

Penentuan Tempat Ke-5 - Ke-8
TBD vs TBD - 9.00 am
TBD vs TBD - 11.15 am

[SEPARUH AKHIR]

14 Disember 2023 (Khamis)

Jerman vs India - 6.00 pm
Perancis vs Sepanyol - 8.30 pm

[PERINGKAT KLASIFIKASI 3]

15 Disember 2023 (Jumaat)

Penentuan Tempat Ke-15 - Ke-16
TBD vs TBD - 9.00 am

Penentuan Tempat Ke-13 - Ke-14
TBD vs TBD - 11.15 am

Penentuan Tempat Ke-11 - Ke-12
TBD vs TBD - 3.00 pm

Penentuan Tempat Ke-9 - Ke-10
TBD vs TBD - 5.15 pm

16 Disember 2023 (Sabtu)

Penentuan Tempat Ke-7 - Ke-8
TBD vs TBD - 9.00 am

Penentuan Tempat Ke-5 - Ke-6
TBD vs TBD - 11.15 am

Penentuan Tempat Ke-3 - Ke-4
TBD vs TBD - 6.00 pm

[FINAL]

16 Disember 2023 (Sabtu)

TBD vs TBD - 8.30 pm

Kedudukan Terkini Peringkat Kumpulan

Ini merupakan kedudukan terkini bagi kumpulan melibatkan pasukan Malaysia di Pool A

Pool A M W D L GD P
Argentina 3 3 0 0 13 9
Australia 3 2 0 1 8 6
Malaysia 3 1 0 2 -1 3
Chile 3 0 0 3 -20 0

*Juara dan naib juara akan langkah ke pusingan suku akhir; Argentina dan Australia mara ke suku akhir. Malaysia tersingkir dan akan meneruskan cabaran dalam peringkat klasifikasi

*akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual & Keputusan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 (Malaysia) & Kedudukan Terkini"