Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza 2023 [Pemenang]

Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza 2023

Tahniah kepada Jaclyn Victor apabila dinobatkan sekali lagi sebagai pemenang dan juara bagi program GV dan kali ini menerusi edisi juara antara juara All Stars Gegar Vaganza 2023.

Keputusan ini diumumkan oleh gandingan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse pada malam 10 Disember 2023 yang mana berlangsung buat julung kalinya di Axiata Arena Bukit Jalil.

Jaclyn Victor bergelar juara sekali gus menewaskan tujuh lagi finalist lain iaitu Tomok, Liza Hanim, Siti Nordiana, Nikki Palikat, Hady Mirza, Naqiu dan Azharina.

Dengan kemenangan tersebut, Jac membawa pulang hadiah wang tunai utama sebanyak RM200,000, pakej percutian ke Switzerland, penginapan di Royal Chulan London, dan trofi emas.

Pada malam tersebut, beliau membawakan lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston & Mariah Carey untuk pusingan solo. Digandingkan pula dengan raja pop, Dato Jamal Abdillah untuk duet bersama artis menyanyikan lagu Sandarkan Pada Kenangan.

Sebelum penutup, Jac lagu Kill This Love nyanyian Blackpink untuk pusingan battle bersama-sama Tomok, Liza Hanim dan Siti Nordiana.

Ternyata kejayaan beliau merangkul kejuaraan pada GV9 yang lalu tidak terhenti dan diteruskan untuk edisi All Stars Gegar Vaganza 2023 kali ini.

Naqiu berjaya menggondol anugerah khas pilihan Bos Susu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Manakala bintang lain juga pulang tanpa tangan kosong dimana masing-masing berjaya menang RM10,000.

Senarai Juara Dan Pemenang All Stars Gegar Vaganza 2023

Berikut merupakan senarai pemenang dan juara untuk aksi final All Stars Gegar Vaganza 2023 mengikut turutan:

Juara - Jaclyn Victor (80.10%)

Naib Juara - Hady Mirza (75.74%)

Tempat Ketiga - Nikki Palikat (73.18%)

Tempat Keempat - Liza Hanim (72.34%)

Tempat Kelima - Naqiu (72.18%)

Tempat Keenam - Tomok (71.46%)

Tempat Ketujuh - Azharina (69.64%)

Tempat Kelapan - Siti Nordiana (61.14%)

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jaclyn Victor Juara All Stars Gegar Vaganza 2023 [Pemenang]"