Siaran Langsung Live Streaming Malaysia B-23 vs China B-23 26.12.2023 Perlawanan Persabatan Tier 2 (U23)

Live Streaming Malaysia B-23 vs China B-23 26.12.2023 Perlawanan Persabatan Tier 2 (U23)

Skuad muda bola sepak kebangsaan bawah-23 (U23) akan menghadapi sekali lagi perlawanan persabatan tier 2 iaitu antara Malaysia B-23 vs China B-23 pada 26 Disember 2023, hari Selasa bertempat di Shanghai, China.

Ini merupakan pertemuan kedua untuk kedua-dua pasukan. Sebelum ini mereka bertemu kali pertama pada 23 Disember juga menerusi perlawanan persahabatan di tempat yang sama, juga masa atau waktu yang sama ketika itu.

Dalam siri jelajah persiapan bagi menghadapi kempen Piala Asia B-23 tahun 2024 nanti, skuad kendalian Juan Torres Garrido akan berhadapan dengan China B-23 sebanyak 2 kali iaitu pada 23 dan 26 Disember 2023.

💡Table of Contents

Pertemuan Kali Pertama

Untuk rekod, pasukan Malaysia B-23 tidak pernah menewaskan China B-23 sepanjang pertemuan sebelum-sebelum ini. 2 kali kalah dan 1 seri yang mana keputusan tersebut dicapai pada tahun 2019 sebelum ini.

Tapi dalam pertemuan keempat pada 23 Disember yang lalu, buat kali pertama Malaysia B-23 berjaya menumpaskan China B-23 dengan keputusan 1-0 di gelanggang mereka sendiri. Keputusan positif untuk Harimau Muda.

Dalam perlawanan yang berlangsung secara tertutup pada Sabtu lalu, kedua-dua pasukan bersungguh-sungguh untuk mencari gol dan peroleh kemenangan ketika itu. Pelbagai asakan yang dibuat oleh Malaysia dan China.

Tapi kedua-dua pasukan buntu untuk tempoh 90 minit iaitu waktu sebenar. Tetapi sebelum tiupan wisel terakhir dibunyikan, Malaysia berjaya menjaringkan gol dalam tempoh 90+5' oleh pemain Harith Haiqal sekali gus memenangi perlawanan tersebut.

Kali ini, mereka bertemu sekali lagi di tempat yang sama. Sudah pastinya percaturan yang dibuat berlainan oleh kedua-dua pasukan. China pastinya tidak mahu diaibkan lagi oleh pasukan pelawat kali ini.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama

Berikut merupakan pemain kesebelasan utama pasukan Malaysia B-23 ketika bertemu China B-23

kesebelasan utama malaysia b23 vs china b23 26 disember 2023

Siaran Langsung Malaysia B-23 vs China B-23

Untuk info, siri jelajah perlawanan persahabatan tier 2 antara Malaysia U23 dan China U23 kali ini sebenarnya dilakukan secara tertutup tanpa kehadiran penonton. Jadi tiada tayangan secara rasmi dibuat di kaca tv.

Disebabkan itu, tiada tayangan siaran langsung sama ada menerusi saluran Astro, RTM mahupun di TV9 seperti pada siri perlawanan persahabatan sebelum-sebelum ini. Hanya akan diumumkan senarai pemain dan keputusan semasa sahaja menerusi laman facebook rasmi FAM.

Live Streaming Malaysia vs China (U23)

Meskipun rakyat Malaysia yang pastinya ingin menyaksikan perlawanan ini, tidak dapat menonton, tetapi pihak China sepertinya telah menyediakan saluran untuk tontonan ramai iaitu menerusi liv streaming di weibo sama seperti perlawanan sebelum ini.

Menerusi perkongsian daripada pihak Football China, untuk menonton perlawanan ini, boleh menggunakan aplikasi CCT atau CCTV Sports. Untuk lebih mudah, anda boleh pergi sahaja ke laman weibo Fooball China disini.

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Malaysia B-23 vs China B-23 bagi perlawanan persahabantan tier 2 yang bakal berlangsung pada 26 Disember 2023, hari Selasa, jam 2.00 petang waktu Malaysia bertempat di Stadium Jinshan, Shanghai.

FT : Malaysai B-23 (1) - (2) China B-23

  • Du Yuesheng 5'
  • Aliff Izwan Yuslan 34'
  • Tao Qianlong 45+4'

Masa : 2.00 Petang
Tempat : Stadium Jinshan
Tayangan TV : -Tiada-
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Untuk keputusan perlawanan, akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada petang tersebut. Akan dipaparkan jumlah jaringan dan nama penjaring jika ada yang melibatkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com