Senarai Pemenang Hero Dewi Remaja 2023

Senarai Pemenang Hero Dewi Remaja 2023

Program pencarian bakat Hero Dewi Remaja 2023 kini sudah memasuki minggu akhir dan pastinya ditunggu-tunggu adalah pemenang bagi setiap gelaran Hero Remaja dan Dewi Remaja.

Edisi kali ini ada sedikit kelainan berbanding pada sebelum-sebelumnya apabila buat pertama kali dua program disatukan iaitu melibatkan peserta lelaki (Hero Remaja) dan peserta wanita (Dewi Remaja).

Ini bermaksud, akan ada 2 juara dalam satu program.

Pawa awalnya, seramai 16 peserta kesemuanya yang berjaya dipilih bagi menyertai program Hero Dewi Remaja 2023, tetapi untuk minggu akhir hanya 12 peserta sahaja yang tinggal iaitu 6 peserta lelaki dan 6 peserta wanita.

Finalist peserta wanita; Myra, Amira Rafik, Arabella Ellen, Adrina, Nurel dan Cora Waybin. Manakala finalist peserta lelaki ialah Hakim Khan, Aiman Ameer, Evertts Gomes, Azri Safix, Jay dan Fitri Farok.

Juara Hero Dan Dewi Remaja 2023 masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi beserta selempang.

Sebelum sampai ke pentas akhir, para peserta telah mengharungi pelbagai cabaran untuk mempersiapkan mereka memasuki industri hiburan selepas ini, antaranya acting challenge, emoji challenge, my wedding study partner, physical challenge dan pelbagai lagi.

Hero Dewi Remaja 2023 telah berlangsung selama 8 minggu dimana ianya bersiaran setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go. Malam final yang diadakan pada 29 Disember, telah berlangsung secara siaran langsung.

Senarai Pemenang Hero Dewi Remaja 2023

Dalam 12 finalis, hanya 4 peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir dalam segmen soal jawab iaitu Aiman Ameer, Fitri, Arabella dan Nurel.

Berikut merupakan juara Hero Dewi Remaja 2023

Juara Hero Remaja 2023 - Aiman Ameer

Juara Dewi Remaja 2023 - Nurel

Hero Inspirasi Yaya Empire - Aiman Ameer

Dewi Inspirasi Yaya Empire - Adrina

Hero Favourite - Razin Qidran

Dewi Favourite - Nurel

Best Chemistry Duo - Jay Iskandar & Arabella

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Pemenang Hero Dewi Remaja 2023"