Siaran Langsung Live Kuching City vs PDRM Final Challenge Cup 2023

Siaran Langsung Live Kuching City vs PDRM Final Challenge Cup 2023

Siapakah yang bakal membawa pulang trofi MFL Challenge Cup 2023 kali ini? Semuanya bakal terjawab pada malam ini apabila berlangsungnya perlawanan akhir 2 bakal berlangsung antara Kuching City vs PDRM.

Kuching City FC akan menerima kunjungan PDRM FC di final kedua kali ini di Stadium Negeri, Kuching dimana akan berlangsung pada 3 Disember 2023, bersamaan pada hari Ahad dengan waktu sepak mula pada pukul 8.15 malam.

💡Isi Kandungan

Format Challenge Cup

MFL Challenge Cup atau Piala Cabaran sebenarnya diadakan bagi memberi peluang kepada pasukan yang tersingkir awal dalam saingan Piala Malaysia meneruskan cabaran untuk merebut trofi dalam kejohanan yang berasingan.

Ianya bermula di peringkat suku akhir apabila 8 pasukan yang tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Malaysia. Kesemuanya masih ada perlawanan dan kejuaraan diburu tetapi dalam saingan MFL Challenge Cup pula.

Masih menggunakan format kalah mati dengan perlawanan timbal balik bagi setiap pusingan. Tetapi sedikit kelainan dengan kejohanan-kejohanan yang lain apabila final juga akan diadakan secara timbal balik dua perlawanan; Perlawanan Akhir 1 & 2.

Pasukan yang mempunyai jumlah aggregat terbesar bakal bergelar juara MFL Challenge Cup 2023.

Perlawanan Akhir 1

Perlawanan Akhir 1 telahpun diadakan pada 29 November yang lalu dan PDRM terlebih dahulu diundi menjadi tuan rumah. Ketika itu, mereka bermain di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk perlawanan pertama.

Dalam perlawanan tersebut, nampaknya PDRM tidak memberi peluang langsung kepada pasukan lawan dan menggunakan sebaiknya kelebihan apabila menang 3 gol tanpa balas terhadap Kuching City ketika itu.

Ini sekali gus memberikan kelebihan besar untuk pasukan PDRM dengan berbekalkan 3 gol bertandang ke tempat lawan untuk perlawanan akhir 2. Pasukan tuan rumah, Kuching City perlu dapatkan sekurang-kurangnya 4 gol untuk bergelar juara tanpa bolos.

Datang Beramai-Ramai Ke Stadium

Penyokong kedua-dua pasukan pasti tidak sabar untuk melihat pasukan mereka menjulang trofi pada malam tersebut. Untuk pasukan tuan rumah, pastinya kelebihan untuk mereka menyaksikan di depan mata sekiranya mereka berjaya.

Jadi untuk mengejar aggregat tersebut, pemain-pemain perlu mendapat sokongan dan sorakan daripada penyokong-penyokong setia mereka pada malam tersebut. Tidak mustahil, mereka mampu mengejar bilangan gol tersebut dalam 90 minit.

Untuk itu, penyokong tuan rumah terutamanya, jangan lupa untuk hadir beramai-ramai ke stadium pada malam ini dan kini anda sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal yang dijuala di perkarangan stadium.

Siaran Langsung Final Challenge Cup 2023: Kuching City vs PDRM

Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau. Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 atau secara online di Astro Go khusus untuk pengguna pek sukan Astro.

Manakala yang tiada Astro, seperti biasa boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan platform laman web atau aplikasi Sooka. Untuk tempoh terhad, anda boleh strim secara percuma untuk perlawanan ini nanti.

Jadual & Keputusan Terkini

Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan akhir kedua final Challenge Cup 2023 antara Kuching City vs PDRM iaitu pada 3 Disember ini bertempat di Stadium Negeri atau boleh tonton secara langsung di Astro.

Ini merupakan kejohanan keempat untuk penentuan juara selepas Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super. Keputusan kita akan ketahui pada malam ini pasukan manakah yang bakal menjulang trofi berprestij ini.

3 Disember 2023 (Ahad)

FT : Kuching City (1) - (1) PDRM (Agg: 1-4)

  • Petrus Shitembi 33'
  • Uche Agba 56'

*PDRM dinobatkan sebagai juara MFL Challenge Cup 2023

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : Astro Arena
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Kuching City vs PDRM Final Challenge Cup 2023"