Siaran Langsung Malaysia vs Australia Live Streaming Hoki Piala Dunia Remaja 2023

Siaran Langsung Malaysia vs Australia Live Streaming Hoki Piala Dunia Remaja 2023

Kini tiba perlawanan terakhir iaitu perlawanan ketiga bagi peringkat kumpulan bagi kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 yang melibatkan semua kumpulan.

Yang terlibat pastinya pertemuan Malaysia vs Australia yang bakal berlangsung pada 8 Disember 2023, hari Jumaat, pukul 2.00 petang di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Adakah skuad Young Tigers mampu untuk bangkit?

Peluang Terakhir

Ini merupakan peluang terakhir untuk anak-anak buah Amir Rahim menunjukkan kehebatan permainan mereka ketika bertemu Australia.

Sekiranya mereka tewas sekali lagi, peluang untuk ke peringkat kalah mati di pusingan suku akhir bakal terkubur selepas ini.

Perlawanan Sebelumnya

Sebelum ini, Malaysia terpaksa akur dengan kejebatan juara bertahan, Argentina apabila mereka tewas 4 gol tanpa balas dalam perlawanan kedua.

Sementara itu, Australia juga menang besar terhadap lawan mereka, Chile dan sekali gus telah berada di kedudukan kedua dimana meraih mata yang sama dengan Malaysia.

Sejarah Pertemuan

Jika dilihat daripada segi pertemuan-pertemuan sebelumnya, Australia merupakan lawan yang kuat dan sukar untuk ditewaskan. Daripada 14 perlawanan, Malaysia tewas 9 kali dan hanya pernah menang 2 kali sahaja pada tahun 2012 dan 2014.

Pertemuan kali di Piala Sultan Johor 2022, young tigers tumpas 8-0. Adakah mereka mampu melupakan segala peristiwa pahit ini dan menang dalam perlawanan seterusnya?

Siaran Langsung Malaysia vs Australia Hoki Piala Dunia Remaja 2023

Perlawanan ini sekali lagi akan dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di Sukan RTM (Myfreeview 111).

Selain itu, bagi yang tiada saluran ini, anda semua boleh tonton secara live streaming di RTM Klik secara percuma.

Jadual & Keputusan

FT : Australia (5) - (2) Malaysia

  • Burns Cooper 2' (PC)
  • Lambeth Jake 6' (FG), 27' (FG)
  • Geddes Cambell 15' (PC), 45' (PC)
  • Harris Osman 21' (FG)
  • Shafiq Ikhmal Daniel 44' (FG)

*Malaysia tersingkir dan tidak layak ke pusingan seterusnya

Tarikh : 8 Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 2.00 Petang
Venue : Stadium Hoki National Bukit Jalil
Tayangan : Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link  2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Malaysia vs Australia Live Streaming Hoki Piala Dunia Remaja 2023"