Siaran Langsung Keputusan Malaysia vs Chile Hoki Piala Dunia Remaja 2023

Siaran Langsung Keputusan Malaysia vs Chile Hoki Piala Dunia Remaja 2023

Hari pembukaan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 kini telah tiba dan antara perlawanan yang berlangsung pastinya melibatkan pasukan negara, Malaysia vs Chile pada 5 Disember 2023, jam 8.30 malam.

Perlawanan pertama pastinya skuad young tigers mahukan permulaan yang baik. Kemenangan ingin dicapai dan ditambah pula bermain di halaman sendiri dan didepan penyokong setiap mereka.

Malaysia telah diundi dalam Pool A bersama-sama Chile, Argentina dan Australia. Seperti yang dijadualkan, selepas ini Malaysia akan bertemu Argentina pada 6 Disember dan Asutralia pada 8 Disember.

Rekod Pertemuan

Untuk pasukan hoki remaja, Malaysia pernah bertemu tiga kali dengan Chile dan kesemuanya berpihak kepada pasukan negara dengan kemenangan 3-0.

Kali terakhir pertemuan kedua-dua pasukan adalah pada tahun 2021 dalam saingan Hoki Piala Dunia Remaja yang diadakan di Bhubaneswar. Malaysia menang 2-1.

Masuk Stadium Dan Berikan Sokongan

Jadi sekali lagi, jika diatas kertas, Malaysia mampu meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan kali ini ditambah dengan bermain di tempat sendiri.

Untuk lebih merialisasikan kemenangan tersebut, penyokong juga memainkan peranan. Jadi datang beramai-ramai ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara.

Anda boleh datang di Stadium Hoki Piala Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan ini dengan kemasukan adalah secara percuma.

Siaran Langsung Malaysia vs Chile

Bagi yang menonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan Malaysia vs Chile yang dibawakan secara langsung menerusi RTM di Sukan RTM saluran MYTV 111.

Untuk yang tidak mempunyai akses saluran tersebut, anda boleh tonton secara live streaming di laman web rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi mobile secara percuma. Boleh juga strim di watch.hockey.

Jadual Dan Keputusan Terkini Hoki Piala Dunia Remaja 2023

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi pertama peringkat kumpulan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023 antara Malaysia vs Chile pada 5 Disember ini, hari Selasa pada pukul 8.00 malam.

Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut

5 Disember 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (7) - (1) Chile

  • Harris Osman 13' (PC)
  • Danish Aiman 23' (FG)
  • Wolansky Sebastian 34' (PC)
  • Andywalfian Jeffrynus 36' (PC)
  • Azmil Muizzuddin 39' (PC)
  • Shamir Shamsul 41' (FG)
  • Shahmie Irfan 47' (PC), 55' (PS)

Masa : 8.30 Malam
Venue : Stadium Hoki Bukit Jalil
Tayangan : Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Keputusan Malaysia vs Chile Hoki Piala Dunia Remaja 2023"