Telefilem Insan Terpilih Di TV3

Telefilem Insan Terpilih Di TV3

TV3 bawakan kembali telefilem Insan Terpilih yang akan menemui penonton pada 30 Disember 2023, bersiaran pada hari Sabtu di slot Cerekarama TV3 dan online Tonton.

Telefilem yang diinspirasikan daripada kisah benar yang asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan Aniq Communication, diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dengan nukilan skrip daripada Yati Chong.

Sinopsis Telefilem Insan Terpilih

Telefilem Insan Terpilh menampilkan barisan pelakon seperti Syazwan Zulkifly, Fathil Dani, Jay Iswazir, Liza Othman, Zara Zya, Jeff Hassan, Syrim, Mohd Nasser dan ramai lagi.

  • Syazwan Zulkifly sebagai Fidaus
  • Fathil Dani sebagai Ustaz Zaki
  • Jay Iswazir sebagai Leman
  • Liza Othman sebagai Isteri
  • Zara Zya sebagai Mastura

Ianya mengisahkan tentang hidup Firdaus tidak terurus seperti orang lain.

Setiap hari dia akan mengeliling kampung mengutip sampah dan mencuci surau malah akan mengutip najis cicak yang berselerak di dalam surau dengan menggunakan tangannya.

Katanya, jika dia mengguna penyapu, pahala akan menjadi sedikit.

Ustaz Zaki sangat kagum dengan Firdaus walaupun dia begitu tetapi dia rajin mencari pahala dan tidak mengambil kesempatan atas orang lain.

Dalam keadaannya sedemikian, ada segelintir anak-anak kampung menggelarnya "Firdaus Gila". Malah Firdaus juga sering diganggu oleh Leman, pemuda kampung yang nakal dan menggelarkan Firdaus "busuk".

Suatu hari, Ustaz Zaki dan orang kampung tertanya-tanya mana kelibat Firdaus kerana sudah seharian tidak datang ke surau. Berita yang diterima kemudiannya membuatkan semua orang tersentak dan moga kehadiran insan istimewa seperti Firdaus menjadi satu pedoman untuk semua.

Telefilem Insan Terpilih Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

2 comments for "Telefilem Insan Terpilih Di TV3"

Comment Author Avatar
Tele drama ini best adaptasi dari kisah benar kalau tak salah Naim. :)
Comment Author Avatar
Belum tengok lagi, InshaAllah nanti tengok di Tonton hehehe.

Done follow, follower ke470