Telefilem Kes Seksyen 420 Di TV2

Telefilem Kes Seksyen 420 Di TV2

Saksikan telefilem Kes Seksyen 420 yang akan menemui penonton pada 11 Disember 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang memaparkan kisah penipuan ini merupakan terbitan syarikat produksi Poketplay Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shanker Ragaven dengan nukilan skrip daripada Epy Kodiang.

Pelakon & Watak

Telefilem dengan tajuk Kes Seksyan 420 ini menampilkan barisan pelakon seperti Fikhree Bakar, Jiggy Masin, Azim Yusof, Idlan Raja Lawak, Shweta Sekon, Rosya Dean, Mak Wan dan ramai lagi.

  • Fikhree Bakar sebagai Ridwan
  • Jiggy Masin sebagai Dr. Haziq
  • Azim Yusof sebagai Faris
  • Idlan Raja Lawak sebagai Lokman
  • Shweta Sekon sebagai Aqilah
  • Rasya Dean sebagai Maya

Sinopsis Telefilem Kes Seksyen 420

Kes Seksyen 420 mengisahkan tentang dua orang sahabat iaitu Faris dan Lokman bercita-cita menjadi usahawan berjaya.

Faris seorang pereka web mencipta 1 aplikasi yang berpotensi dimajukan. Mereka mencari pelabur dan rakan kongsi untuk mengembangkan aplikasi tersebut.

Seorang lagi rakan mereka Dr. Haziq memperkenalkan Ridwan, seorang usahawan yang nampak hebat, tetapi sebenarnya dibelengu hutang.

Faris, Lokman, Haziq dan Ridwan bergabung mewujudkan satu peluang perniagaan ala 'Multi Level Marketing'

Telefilem Kes Seksyen 420 Di TV2

Telefilem Kes Seksyen 420 Di TV2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Kes Seksyen 420 Di TV2"