Telefilem Latah Fighter Di Astro Warna

Telefilem Latah Fighter Di Astro Warna

Hujung minggu anda akan disajikan dengan sebuah telefilem komedi terbaru iaitu Latah Fighter yang akan bersiaran pada 30 Disember 2023, hari Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Warna 107 dan Astro Go.

Bagi bukan pengguna Astro, anda boleh tonton menerusi platform Sooka bermula pada jam 11.00 malam. Hanya perlu langgan dengan harga serendah RM12.90 untuk pas 24-jam.

Telefilem ini merupakan terbitan pertama oleh produksi Fattah Amin & Fazura iaitu Fazura Pictures Sdn. Bhd. dan ianya diarahkan oleh Bahri Umar Arafi.

Sinopsis Telefilem Latah Fighter

Telefilem Latah Fighter menampilkan barisan pelakon seperti Fattah Amin, Kamarool Haji Yusoff, Mak Wan Latah, Sanjna Suri, Amir Raja Lawak, Fikry Ibrahim, Amerul Affendi, Al Jufferi Jamari dan ramai lagi.

  • Fattah Amin sebagai Dani
  • Kamarool Hj Yusoff sebagai Pak Ishak

Telefilem Latah Fighter mengisahkan tentang seorang lagenda silat tempatan, Pak Ishak yang ingin melatih sekurang-kurangnya seorang juara silat.

Akan tetapi harapannya kian pudar dan hampir berputus asa setelah setiap pelajarnya berhenti seorang demi seorang.

Tapi kemudian dia menaruh harapan kembali apabila bertemu dengan anak muda yang berpotensi, namum mempunyai penyakit latah.

Bolehkah Pak Ishak melatih anak muridnya yang latah untuk menjadi juara silat sebelum dia bersara? Sama-sama kita nantikan.

Telefilem Latah Fighter Di Astro Warna

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post