Telefilem Utih Di TV9

Telefilem Utih Di TV9

Saksikan telefilem Utih yang akan menemui penonton semula pada 4 Disember 2023, bersiaran pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2013 ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Abie Abdullah dan nukilan skrip daripada Amie Maziah Abd Rahman.

Sinopsis Telefilem Utih

Telefilem Utih menampilkan barisan pelakon seperti Zamarul Hisham, Izz Ilham, Rykarl Iskandar, Ruminah Sidek, Sherie Merlis, Emelie Hanif, Shahrul Kamarudiin, Ahmadia Azmi dan ramai lagi.

  • Rykarl Iskandar sebagai Utih
  • Izz Ilham sebagai Alang
  • Ruminah Sidek sebagai Hajirah
  • Sherry Merlis sebagai Jamilah
  • Zamarul Hisham sebagai Sabri
  • Emelie Hanif sebagai Saadah

Ianya berdasarkan kisah benar mengenai kelangsungan hidup seorang budak lelaki yang menghidap AIDS berusia 15 tahun bernama Utih. Berbadan kecil seperti berusia 6 tahun akibat virus penyakit itu yang ditanggungnya sejak lahir.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Utih Di TV9"