Cara Tukar Alamat Hotel Penginapan Dekat K-ETA Sebelum Travel Ke Korea

Cara Tukar Alamat Hotel Penginapan Dekat K-ETA Sebelum Travel Ke Korea

Masa mohon K-ETA buat kali pertama, kita guna alamat hotel atau penginapan yang lain. Tapi bila ingin travel ke Korea, kita tempah hotel yang lain. Jadi sudah tentang info k-eta kena tukar. Jadi macam mana nak tukar alamat hotel penginapan di k-eta?

Selain pasport, K-ETA atau Korea Electronic Travel Authorization merupakan nyawa kedua kalau anda nak masuk Korea Selatan. Ini bermakna, kalau tiada kedua-dua ini secara automatik, anda akan dihantar pulang atau tak lepas pun nak terbang ke negara tersebut.

Jadi peringat penting untuk anda yang ingin bercuti ke Korea dalam masa terdekat atau ada hajat nak fly ke bumi KPop tersebut, pastikan anda sudah ada passport dan juga telah mohon K-ETA dan telah berjaya dapatkannya. Boleh mohon disini.

Salah satu informasi yang perlu diisi dalam permohonan tersebut adalah alamat hotel atau penginapan di Korea. Tips untuk permulaan yang baru nak mohon, anda boleh sahaja gunakan mana-mana alamat hotel di Korea untuk anda letakkan dalam k-eta tersebut. Meskipun anda tidak bercadang untuk tinggal di tempat tersebut.

TETAPI sekiranya ada telah buat tempahan hotel atau airbnb yang baru selepas itu, anda perlu edit atau tukar address hotel yang asal kepada yang baru. Pastikan alamat hotel yang baru sama seperti alamat hotel dalam sistem K-ETA.

Jika tidak, ini mungkin salah satu sebab anda akan disoal siasat ketika melalui imigresen di Korea dan mungkin juga anda akan tahan dan paling buruk, tidak dibenarkan masuk Korea dan dihantar pulang ke Malaysia semula.

BACA JUGA : Tips & Persediaan Penting Sebelum Ke Korea Supaya Tidak Dihantar Pulang

Selain itu, anda perlu tahu, selepas lengkap permohonan K-ETA dan telah berjaya, anda hanya dibenarkan untuk edit alamat hotel penginapan, tujuan ke Korea dan nombor untuk dihubungi sahaja. Selain itu, tak boleh tukar. Jadi kena mohon semula. Boleh tengok sini.

Cara Edit & Tukar Alamat Hotel Penginapan Di K-ETA

Jadi pastikan address hotel menginap anda sama seperti dalam K-ETA. Kalau tak sama, sila edit terus. Jangan risau, tidak perlu kepada proses permohonan yang baru. Hanya sekadar edit sahaja dan selesai perkara tersebut.

Langkah 1

Pergi ke laman web k-eta di www.k-eta.go.kr/portal/apply/viewlandingcardsearch.do

cara edit tukar address alamat hotel penginapan di k-eta korea selatan

Langkah 2

Akan dipaparkan laman 'Edit Information' dan disini anda perlu masukkan no. passport dan tarikh lahir. Akhir sekali klik 'Check Status'

cara edit tukar address alamat hotel penginapan di k-eta korea selatan

Kemudian akan keluar gambar 'arrival card' anda yang menunjukkan permohonan K-ETA anda sebelum ini telah berjaya (K-ETA Approved). Akan dipaparkan info yang berkaitan.

Langkah 3

Klik butang 'Edit' dan tekan 'Confim'. Disinilah anda boleh edit dan tukar alamat hotel penginapan anda kepada alamat baru. Boleh tukar alamat, no. telefon hotel dan tujuan ke Korea.

cara edit tukar address alamat hotel penginapan di k-eta korea selatan

Langkah 4

Jika sudah tukar semuanya, klik 'Save' dan selesai. Dah boleh masuk Korea dengan tenang

BACA JUGA : Itinerari Lengkap Ke Seoul, Korea Selamat 6 Hari

K-ETA ini valid atau laku selama 2 tahun selepas tarikh permohonan berjaya. Dalam tempoh tersebut, anda boleh edit alamat hotel banyak kali jika anda pergi ke Korea macam pulang ke kampung halaman anda sendiri.

Tak perlu reapply atau mohon semula, kecuali anda guna nombor passport baru.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Cara Tukar Alamat Hotel Penginapan Dekat K-ETA Sebelum Travel Ke Korea"