Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah - Sinopsis & Tayangan Di Pawagam

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Pada tahun 2022, kita disajikan dengan sebuah filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mana telah menjadi filem tempatan yang berjaya meraih kutipan tertinggi di Malaysia dengan hampir RM100 juta.

Kini juga menerusi terbitan Studio Kembara, mereka mengeluarkan satu lagi filem aksi pahlawan melayu iaitu Pendekar Awang: Darah Inderah Gajah yang juga menjadi prekuel kepada filem Mat Kilau iaitu salah satu watak daripada filem tersebut; Awang.

Filem ini mula ditayangkan secara rasmi pada 11 Januari 2024, hari Khamis menerusi pawagam seluruh Malaysia. Jadi kini anda boleh mula dapatkan tiket untuk menjadi antara yang terawal untuk menonton filem ini.

Pendekar Awang arahan bersama Saiful Reze Shukor dan Shahrudin Md Dali ini masih mengekalkan Fattah Amin sebagai pelakon yang membawa watak Awang sama seperti dalam filem Mat Kilau dan kini dibantu oleh ramai pelakon-pelakon hebat.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Pelakon & Watak

Selain Fattah Amin, terdapat juga penglibatan daripada Nur Fazura, Nadhir Nasar, Wan Hanafisu, Nam Ron, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Tissa Biani, Amerul Affendi, Geoff Andre Feyaerts, Hasnul Rahmat, Ruzaidi Rahman, Syed Ali Murtadha, Ali Karimi dan ramai lagi.

  • Fattah Amin sebagai Awang
  • Nur Fazura sebagai Sayang
  • Heliza Helmi sebagai Siti
  • Ali Karimi sebagai Brahim
  • Nadhir Nasar sebagai Tahir
  • Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah
  • Amerul Affendi sebagai Tobah
  • Hasnul Rahmat sebagai Kodi
  • Amir Ahnaf sebagai Andak
  • Hazwani Helmi sebagai Minah
  • Namron sebagai haji Sulong
  • Ruzaidi Rahman sebagai Jalak
  • Mawi sebagai Tok Kenali
  • Azrel Ismail sebagai Tok Janggut

Juga terdapat penampilan khas daripada pelakon Dian P. Ramlee sebagai Mak Senah dan Faizal Tahir sebagai Utusan To'ku.

Sinopsis Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat. 

Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. 

Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Review Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Berikut merupakan antara review yang dikeluarkan oleh pengguna media sosial berkaitan filem ini.

Penuh aksi dari awal sehingga akhir. Jalan cerita yang lebih tersusun dan kreatif.

Pemasangan jerat yang di tunjukan dalam filem sangat dekat jiwa pendekar melayu yang mahir menipu musuh dan mahir selok belok rahsia hutan.

Setiap aksi di bantu dengan ketakasan Srikandi yang memanah musuh denan tepat tanpa rasa gusar.

Agak kecewa OST Darah Bangsa tidak diselitkan setiap babak bagi membawa mood dab emasi.

Sangat menyentuh Emosi Sedih dan membangkit jiwa untuk bertindak.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah - Sinopsis & Tayangan Di Pawagam"