Siaran Langsung Indonesia vs Iraq Piala Asia 2023

Siaran Langsung Indonesia vs Iraq Piala Asia 2023

Indonesia vs Iraq merupakan perlawanan pertama untuk kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Asia 2023 (AFC Asian Cup) yang akan berlangsun di Stadium Ahmed Bin Ali pada Isnin, 15 Januari 2024.

Perlawanan ini juga merupakan sebahagian daripada kumpulan D termasuk Jepun yang telah menumpaskan Vietnam sebelum ini dengan jaringan 4-2.

Indonesia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah bersama pada tahun 2007 tetapi tidak pernah melepas peringkat kumpulan. Tahun ini juga tampaknya lebih sukar apabila berada dalam kumpulan dengan pasukan-pasukan handal.

Ketika Indonesia menjadi tuan rumah, ketika itu juga Iraq merangkul gelaran juara Piala Asia. Pada tiga edisi sebelum ini, Iraq tidak pernah terkandas di peringkat kumpulan dan pastinya tahun ini, mereka akan lakukan sekali lagi.

Waktu Berlangsung Indonesia vs Iraq

  • Tarikh : 15 Januari 2024
  • Masa : 10.30 Malam
  • Venue : Stadium Ahmed Bin Ali

Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Ahmed Bin Ali pada Isnin, 15 Januari 2024 dengan waktu sepak mula pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia

Cara Menonton Indonesia vs Iraq Siaran Langsung - TV & Live Streaming

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (CH804) dan secara online di Astro Go untuk penonton di Malaysia.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile.

Jadual & Keputusan

FT : Indonesia (1) - (3) Iraq

  • Mohanad Ali 17'
  • Marselino Ferdinan 37'
  • Osama Rashid 45+7'
  • Ayman Hussein 75'

Masa : 10.30 Malam
Venue : Stadium Ahmed Bin Ali
TV : Arena Bola 2 (804)
Live Streaming : Sooka

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Indonesia vs Iraq Piala Asia 2023"