Jadual Badminton BWF Malaysia Open 2024

Jadual Malaysia Open 2023, Siaran Langsung & Keputusan Badminton

Jadual badminton Malaysia Open 2024 dan tayangan siaran langsung.

Sukan badminton kini kembali dan akan mulakan siri jelajar dunia BWF tahun ini dengan kejohanan pertama menerusi Malaysia Open 2024 bermula 9 hingga 14 Januari 2024 bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

PETRONAS Malaysia Open 2024 merupakan kejohanan pertama dalam kalendar BWF World Tour 2024 dengan status Super 1000 yang pastinya menawarkan mata rangking yang tinggi disamping untuk mengumpul mata bagi melayakkan ke Olimpik Paris 2024.

💡Table Of Contents

Selain itu, Malaysia Open kali ini juga menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilah USD 1,300,000 atau sekitar RM6 juta. Pastinya satu pemangkin semangat untuk berjuang bagi setiap pemain yang mengambil bahagian.

Info Kejohanan

Kejohanan : Petronas Malaysia Open 2024
Tarikh : 9 - 14 Januari 2024
Status : Super 1000
Venue : Axiata Arena, Kuala Lumpur
Hadiah : USD 1,300,000 (~RM6 Juta)

Senarai Pemain Malaysia

Ini merupakan senarai pemain negara yang layak dan mengambil bahagian dalam Malaysia Open 2024 sama ada mereka pemain dibawah naungan BAM atau pemain profesional negara. Setiap kategori, ada wakil yang akan bermain.

[Perseorangan Lelaki] - Lee Zii Jia, Ng Tze Yong

[Perseorangan Wanita] - Goh Jin Wei

[Beregu Lelaki] - Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Aaron Chia [3]/Soh Wooi Yik

[Beregu Wanita] - Tan Pearly/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Anna Ching Yik/Teoh Mei Xing.

[Beregu Campuran] - Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Chan Peng Soon/Cheah Yee See, Chen Tang Jie [8]/Toh Ee Wei

Siaran Langsung Malaysia Open 2024

Kejohanan Malaysia Open 2024 akan bermula daripada pusingan 32 terbaik, diikuti dengan pusingan 16 terbaik. Kemudian di peringkat suku akhir, separuh akhir dan final yang dijadualkan berlangsung pada 14 Januari kelak.

Jadi untuk badminton lovers dan peminat sukan badminton, selain daripada menonton di stadium dengan dapatkan tiket masuk disini, anda juga boleh saksikan perlawanan badminton ini secara langsung yang ditayangkan di TV.

Kejohanan kali ini akan bersiaran di tiga saluran Astro iaitu di Astro Arena 801, Astro Arena 2 802 dan Astro Supersport 4 814 serta secara online di Astro atau yang tiada Astro boleh live streaming di aplikasi Sooka.

Kali ini lebih menarik, apabila RTM mengumumkan mereka juga turut akan menyiarkan Malaysia Open 2024 secara langsung bermula daripada hari pertama hingga akhir menerusi dua saluran iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Seperti biasa, anda juga boleh strim di RTM Klik secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Malaysia Open 2024 (Pemain Malaysia)

Ini merupakan jadual penuh bagi setiap perlawanan badminton yang melibatkan pemain-pemain Malaysia sahaja sepanjang kejohanan Malaysia Open 2024 berlangsung. Keputusan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa

9 Januari 2024 (Selasa) - Pusingan 32

~ Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 9.00 pagi.

[XD] Kim Won Ho [7]/Jeong Na Eun (KOR) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [21-11, 21-16]

[XD] Gregory Mairs/Jenny Mairs (ENG) vs (MAS) Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie - [16-21, 21-15, 17-21]

[WD] Liu Sheng Shu [8]/Tan Ning (CHN) vs (MAS) Pearly Tan/Thinaah M - [22-20, 21-15]

[MD] Liang Wei Keng [1]/Wang Chang (CHN) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee - [21-12, 21-19]

[MD] Lu Ching Yao/Yang Po Han (TPE) vs (MAS) Ong Yew Sin/Teo Ee Yi - [14-21, 15-21]

[MS] Lu Guang Zu (CHN) vs (MAS) Lee Zii Jia - [16-21, 21-19, 21-15]

----------------------------------------

10 Januari 2024 (Rabu) - Pusingan 32

~ Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 9.00 pagi.

[WD] Anna Cheong/Teoh Mei Xing (MAS) vs (KOR) Baek Ha Na [2]/Lee So Hee - [14-21, 13-21]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (JPN) Koki Watanabe - [8-12]*RET

[MD] Supak Jomkoh/K Kedren (THA) vs (MAS) Goh Sze Fei/Nur Izzuddin - [17-21, 20-22]

[XD] T Gicquel/D Delrue (FRA) vs (MAS) Chen Tang Jie [8]/Toh Ee Wei - [17-21, 18-21]

[XD] Chang Ko Chi/Lee Chih Chen (TPE) vs (MAS) Chan Peng Soon/Cheah Yee See - [21-11, 24-26, 8-21]

[WD] Go Pei Kee/Low Yeen Yuan (MAS) vs (CHN) Zhang Shu Xian [5]/Zheng Yu - [13-21, 13-21]

[MD] Rasmur Kjaer/Frederik Sogaard (DEN) vs (MAS) Aaron Chia [3]/Soh Wooi Yik - [20-22, 13-21, 13-21]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (TPE) Sung Shuo Yu - [21-18, 21-11]

[WD] Li Wen Mei/Liu Xuan Xuan (CHN) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-15, 21-16]

----------------------------------------

11 Januari 2023 (Khamis) - Pusingan 16

~ Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 9.00 pagi.

[XD] Puavaranukroh [6]/Taerattanachai (THA) vs (MAS) Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie - [21-15, 21-12]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (INA) G Mariska Tunjung [7] - [15-21, 22-24]

[XD] Hikroi Midorikawa/Natsu Saito (JPN) vs (MAS) Chen Tang Jie [8]/Toh Ee Wei - [24-22, 21-14]

[XD] Chan Peng Soon/Cheah Yee See (MAS) vs (CHN) Jiang Zhen Bang [5]/Wei Ya Xin - [14-21, 14-21]

[MD] Kim Astrup [4]/Anders Rasmussen (DEN) vs (MAS) Ong Yew Sin/Teo Ee Yi - [10-21, 21-11, 22-24]

[MD] Goh Sze Fei/Nur Izzuddin (MAS) vs (MAS) Aaron Chia [3]/Soh Wooi Yik - [15-21, 16-21]

----------------------------------------

12 Januari 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

~ Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 1.00 tengah hari

[MD] Ong Yew Sin/Teo Ee Yi (MAS) vs (JPN) Takuro Hoki [7]/Yugo Kobayashi - [15-21, 9-21]

[MD] Kang Min Hyuk [6]/Seo Seung Jae (KOR) vs (MAS) Aaron Chia [3]/Soh Wooi Yik - [16-21, 21-18, 21-13]

----------------------------------------

13 Januari 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

[Tiada lagi wakil Malaysia]

----------------------------------------

14 Januari 2023 (Ahad) - Final

~ Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 1.00 tengah hari

[XD] Kim Won Ho [7]/Jeong Na Eun (KOR) vs (JPN) Yuta Watanabe [2]/Arisa Higashino

[WS] An Se Yong [1] (KOR) vs (TPE) Tai Tzu Ying [4]

[WD] Liu Sheng Shu [8]/Tan Ning (CHN) vs (CHN) Zhang Shu Xian [5]/Zheng Yu

[MS] Shi Yu Qi [7] (CHN) vs (DEN) Anders Antonses

[MD] Liang Wei Keng [1]/Wang Chang (CHN) vs (IND) S Rankireddy [2]/Chirag Shetty

----------------------------------------

Selamat maju jaya kepada semua wakil dan pemain-pemain negara yang beraksi dalam kejohanan Malaysia Open 2024 pada tahun ini. Semoga peroleh kemenangan dan muncul juara dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Badminton BWF Malaysia Open 2024"