Jadual Perlawanan Piala Asia 2023 Waktu Malaysia

Jadual Perlawanan Piala Asia AFC Qatar 2023-2024 Waktu Malaysia

Kehangatan kini terasa apabila sudah tiba masanya untuk kita saksikan aksi bola sepak terhebat di rantau Asia menerusi Piala Asia AFC Qatar 2023 (AFC Asian Cup) yang dijadualkan bermula dari 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

Asian Cup kali ini akan berlangsung selama 30 hari dengan melibatkan 24 pasukan termasuk Malaysia. Pada awal ianya dijadualkan berlangsung pada hujung 2023, tetapi atas fakto cuaca yang panas, ianya dianjak pada awal 2024.

Untuk info penuh bagi AFC Asian Cup Qatar 2023, boleh layari laman web rasmi di www.the-afc.com/en/national/afc_asian_cup

Sepanjang kejohanan, sebanyak 9 stadium yang akan digunakan sekitar Doha, Qatar dan kebanyakkannya adalah venue yang sama digunakan ketika Piala Dunia 2022 yang juga berlangsung di Qatar. Berikut merupakan senarai stadium:

  • Stadium Lusail
  • Stadium Antarabangsa Khalifa
  • Stadium Ahmad Bin Ali
  • Stadium Al Janoub
  • Stadium Al Bayt
  • Stadium Jassim Bin Hamad
  • Stadium Education City
  • Stadium Al Thumama
  • Stadium Abdullah Bin Khalifa

Perlawanan pembukaan akan berlangsung di Stadium Lusail yang bakal mempertemukan pasukan tuan rumah, Qatar menentang Lebanon. Manakala untuk final yang dijadualkan berlangsung pada 10 Februari depan juga akan berlangsung di venue yang sama.

Piala Asia kali ini lebih bermakna tertutamanya untuk rakyat Malaysia apabila skuad Harimau Malaya kini kembali ke pentas tertinggi Asia ini apabila layak ke kejohanan ini secara merit selepas lebih 40 tahun. Kali terakhir layak ketika menjadi tuan rumah bersama ada edisi 2007.

Jadual & Keputusan Perlawanan Piala Asia AFC Qatar 2023

Secara keseluruhan sebanyak 51 perlawanan yang akan berlangsung sepanjang kejohanan iaitu 36 di peringkat kumpulan dan 15 perlawanan di peringkat kalah mati dengan bermula di pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan final.

Untuk peminat bola sepak tanah air khususnya, anda boleh saksikan aksi Piala Asia 2023 ini menerusi dua penyiar rasmi iaitu di Astro dan RTM. Kesemua perlawanan akan disiarkan di Astro, manakala di RTM hanya menyiarkan perlawanan melibatkan pasukan Malaysia dan beberapa perlawanan tertunda.

Di saluran Astro, anda boleh saksikan secara langsung menerusi Astro Arena (801), Arena Bola (803-804) dan Astro Supersport (811-813) serta juga tersedia di Astro Go. Selain itu, boleh juga langgan menreusi aplikasi Sooka.

Manakala untuk siaran RTM, perlawanan terpilih akan ditayangkan menerusi saluran TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, anda juga boleh live streaming dengan menggunakan RTM Klik secara percuma dimana-mana sahaja.

Pada tahun ini sedikit istimewa apabila Malaysia layak bermain di pentas tertinggi Asia ini. Jadi pihak KBS ingin menyemarakkan lagi suasana iaitu dengan menyediakan tayangan skrin besar di setiap negeri seluruh negara termasuk di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jadual Perlawanan Piala Asia AFC Qatar 2023-2024 Waktu Malaysia

Dapatkan poster jadual perlawanan di SINI

Untuk info penuh, kami kongsikan jadual penuh bagi setiap perlawanan yang berlangsung di Piala Asia AFC Qatar 2023-2024 dengan mengikut tarikh dan waktu Malaysia. Manakala keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PERINGKAT KUMPULAN

Sabtu, 13 Januari 2024
FT : Qatar (3) - (0) Lebanon - 12.00 am di Astro
FT : Australia (2) - (0) India - 7.30 pm di Astro
FT : China (0) - (0) Tajikistan - 10.30 pm di Astro

Ahad, 14 Januari 2024
FT : Uzbekistan (0) - (0) Syria - 1.30 am di Astro
FT : Jepun (4) - (2) Vietnam - 7.30 pm di Astro
FT : UAE (3) - (1) Hong Kong - 10.30 pm di Astro

Isnin, 15 Januari 2024
FT : Iran (4) - (1) Palestine - 1.30 am di Astro
FT : Korea Selatan (3) - (1) Bahrain - 7.30 pm di Astro
FT : Indonesia (1) - (3) Iraq - 10.30 pm di Astro

Selasa, 16 Januari 2024
FT : Malaysia (0) - (4) Jordan - 1.30 am di Astro & RTM
FT : Thailand (2) - (0) Kyrgyzstan - 10.30 pm di Astro

Rabu, 17 Januari 2024
FT : Arab Saudi (2) - (1) Oman - 1.30 am di Astro
FT : Lebanon (0) - (0) China - 7.30 pm di Astro
FT : Tajikistan (0) - (1) Qatar - 10.30 pm di Astro

Khamis, 18 Januari 2024
FT : Syria (0) - (1) Australia - 7.30 pm di Astro
FT : India (0) - (3) Uzbekistan - 10.30 pm di Astro

Jumaat, 19 Januari 2024
FT : Palestin (1) - (1) UAE - 1.30 am di Astro
FT : Iraq (2) - (1) Jepun - 7.30 pm di Astro
FT : Vietnam (0) - (1) Indonesia - 10.30 pm di Astro

Sabtu, 20 Januari 2024
FT : Hong Kong (0) - (1) Iran - 1.30 am di Astro
FT : Jordan (2) - (2) Korea Selatan - 7.30 pm di Astro
FT : Bahrain (1) - (0) Malaysia - 10.30 pm di Astro & RTM

Ahad, 21 Januari 2024
FT : Oman (0) - (0) Thailand - 10.30 pm di Astro

Isnin, 22 Januari 2024
FT : Kyrgyzstan (0) - (2) Arab Saudi - 1.30 am di Astro
FT : Tajikistan (2) - (1) Lebanon - 11.00 pm di Astro
FT : Qatar (1) - (0) China - 11.00 pm di Astro

Selasa, 23 Januari 2024
FT : Australia (1) - (1) Uzbekistan - 7.30 pm di Astro
FT : Syria (1) - (0) India - 7.30 pm di Astro
FT : Hong Kong (0) - (3) Palestin - 11.00 pm di Astro
FT : Iran (2) - (1) UAE - 11.00 pm di Astro

Rabu, 24 Januari 2024
FT : Iraq (3) - (2) Vietnam - 7.30 pm di Astro
FT : Jepun (3) - (1) Indonesia - 7.30 pm di Astro

Khamis, 25 Januari 2024
FT : Jordan (0) - (1) Bahrain - 7.30 pm di Astro
FT : Korea Selatan (3) - (3) Malaysia - 7.30 pm di Astro & RTM
FT : Arab Saudi (0) - (0) Thailand - 11.00 pm di Astro
FT : Kyrgyzstan (1) - (1) Oman - 11.00 pm di Astro

PUSINGAN 16

Ahad, 28 Januari 2024
FT : Australia (4) - (0) Indonesia - 7.30 pm di Astro

Isnin, 29 Januari 2024
AET : Tajikistan (1) - (1) UAE [Pen: 5-3] - 12.00 am di Astro
FT : Iraq (2) - (3) Jordan - 7.30 pm di Astro

Selasa, 30 Januari 2024
FT : Qatar (2) - (1) Palestin - 12.00 am di Astro
FT : Uzbekistan (2) - (1) Thailand - 7.30 pm di Astro

Rabu, 31 Januari 2024
FT : Arab Saudi (1) - (1) Korea Selatan [Pen: 2-4] - 12.00 am di Astro
FT : Bahrain (1) - (3) Jepun - 7.30 pm di Astro

Khamis, 1 Februari 2024
FT : Iran (1) - (1) Syria [Pen: 5-3] - 12.00 am di Astro

SUKU AKHIR

Jumaat, 2 Februari 2024
FT : Tajikistan (0) - (1) Jordan - 7.30 pm di Astro
AET : Australia (1) - (2) Korea Selatan - 11.30 pm di Astro

Sabtu, 3 Februari 2024
FT : Iran (2) - (1) Jepun - 7.30 pm di Astro
AET : Qatar (1) - (1) Uzbekistan [Pen: 3-2] - 11.30 pm di Astro

SEPARUH AKHIR

Selasa, 6 Februari 2024
FT : Jordan (2) - (0) Korea Selatan - 11.00 pm di Astro

Rabu, 7 Februari 2024
FT : Iran (2) - (3) Qatar - 11.00 pm di Astro

FINAL PIALA ASIA 2023

Sabtu, 10 Februari 2024
FT : Jordan (1) - (3) Qatar - 11.00 pm di Astro & RTM

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Perlawanan Piala Asia 2023 Waktu Malaysia"